Temu Mesra RAM dan Zaer Rihaz di Borders Berjaya Time Square

Salam sejahtera buat semua.

Temu Mesra RAM dan Zaer Rihaz di Borders Berjaya Time Square

Bagi peminat Ramlee Awang Murshid (RAM) yang popular dengan novel thriller, satu program Temu Mesra akan diadakan di Borders Berjaya Time Square pada hari ini iaitu pada pukul 3 hingga 5 petang. Kalau anda memiliki novel terbaru RAM iaitu Fiksyen 302, boleh la bawa bersama untuk ditandatangan oleh RAM.

Saya juga mungkin akan turut berada bersama. Novel Fiksyen 302 pun sudah lama habis baca. Tak sabar rasanya menanti novel Sunan Musafir yang akan menoktahkan siri novel yang memaparkan Laksamana Sunan sebagai watak utama.

Continue reading

Cover Novel Terbaru RAM: Fiksyen 302

Salam sejahtera buat semua.

Cover Fiksyen 302 oleh RAM

Sejak kebekalangan ini, terasa sangat terasing daripada dunia buku dan novel di Malaysia. Mana taknya, asyik bergelumang dengan kesibukan dunia Tahun Akhir yang terisi dengan Projak Tahun Akhir (FYP).

Selepas terbitnya novel terbaru RAM iaitu Sutera Bidadari sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2011 yang lalu, saya tidak banyak mengikuti perkembangan semasa berkaitan RAM.

Continue reading

Fiesta Buku Karangkraf: 2 – 4 Disember 2011

Salam sejahtera buat semua.

Fiesta Buku Karangkraf 2011

Jom ke Fiesta Buku Karangkraf yang bakal berlangsung bermula esok iaitu daripada 2 hingga 4 Disember 2011, mulai jamĀ  pagi hingga 6 petang di Perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf.

Pengunjung dan peminat buku serta novel berpeluang untuk mendapatkan membuat pembelian dengan harga diskaun sehingga 70%!

Continue reading