Salam sejahtera buat semua.
Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri telah menjadi satu trend untuk dirayakan selama sebulan dengan amalan rumah terbuka. Walaupun sambutan hari raya yang sebenar hanya disambut pada 1 Syawal sahaja, namun ini tidak menjadi menghalang.
Kebiasaannya, rumah terbuka yang mengisi sebulan raya diadakan oleh badan-badan korporat ataupun organisasi bagi meraikan ahli-ahli mereka. Mungkin ada juga individu yang mengadakan rumah terbuka, namun ianya tidak serancak seperti di awal bulan Syawal.