Tag: beliamuda

  • Ucapan Selamat Tahun Baru 2012

    Salam sejahtera buat semua.

    Berlalu sudah tahun 2011 yang melabuhkan tirainya sebaik sahaja detik jam 12 tengah malam tadi. Banyak perkara yang telah terjadi sepanjang tahun 2011 dan juga merupakan tahun terakhir saya berada dalam pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

    Tahun 2011 lebih banyak diluangkan di UTP dengan jumlah cuti terkumpul sepanjang tahun lalu tidak cukup sebulan pun. Ini semua bagi memastikan pengajian di UTP mendapat akreditasi daripada Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Lagipun, selepas ini masing-masing akan membawa haluan sendiri, terutamanya buat CJ7.

    (more…)

  • Pasca Persembahan Poster Projek Tahun Akhir

    Salam sejahtera buat semua.

    Pasca Persembahan Poster

    Tiga minggu terakhir dalam sesi pengajian semester terakhir telah membuktikan inilah kemuncak kesibukannya. Persembahan poster bagi kumpulan pertama dalam sesi semalam telah pun berakhir dan masuk hari kedua pada hari ini.

    Dengan segala cabaran dan dugaan berkaitan Projek Tahun Akhir yang melanda kebanyakan rakan-rakan termasuk saya sendiri, persembahan poster dibuat tanpa menunjukkan keputusan penuh.

    (more…)