Tag: bas

  • Bermalam di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

    Salam sejahtera buat semua.

    Seri Malaysia Kepala Batas

    Dari USM Transkrian terus menuju ke Kepala Batas. Perancangan awal nak ke Alor Setar terus, tapi bilik hotel kat sana dah penuh. Jadi terpaksalah menginap di tempat lain.

    Hotel Seri Malaysia Kepala Batas terletak di Pusat Perniagaan Dato’ Kailan, Kepala Batas. Sekitar kawasan ini kelihatan agak baru dengan beberapa buah bangunan yang masih dalam pembinaan dan telah siap seperti bangunan Hospital Kepala Batas dan Balai Bomba Kepala Batas.

    (more…)

  • Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

    Salam sejahtera buat semua.

    pen jam kad matrik utp

    Nombor matrik???

    Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

    Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.