Twitpic Sepanjang Minggu #2

Salam sejahtera buat semua.

Berlalu lagi satu minggu untuk kisah bergambar twitpic minggu #2. Sebelum itu, baca dan lihat gambar di permulaan kisah Twitpic Sepanjang Minggu. Kali ini, penuh satu minggu untuk twitpic. Jom lihat apa yang menarik sepanjang minggu lalu.

Continue reading

Tetamu Jauh Datang Ziarah, Terima Kasih Kepada Mereka

Salam sejahtera buat semua.

Luqman Hakim Jusoh

Semasa hujung minggu lalu, beberapa orang rakan dari jauh telah datang bertandang ke Kulim, menziarahi Celesticos Tribe. Seorang dari Terengganu yang datang dengan bas dan empat orang yang lain datang dari KL dengan sebuah kereta.

Gambar di atas dirakam selepas menjemput rakan kami dari Terengganu, Luqman Hakim di Stesen Bas Kulim dan singgah untuk bersarapan di Kilang Lama. Tempat yang sama saya bersarapan dengan LipanKatKaki.

Continue reading

Bermalam di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas

Salam sejahtera buat semua.

Seri Malaysia Kepala Batas

Dari USM Transkrian terus menuju ke Kepala Batas. Perancangan awal nak ke Alor Setar terus, tapi bilik hotel kat sana dah penuh. Jadi terpaksalah menginap di tempat lain.

Hotel Seri Malaysia Kepala Batas terletak di Pusat Perniagaan Dato’ Kailan, Kepala Batas. Sekitar kawasan ini kelihatan agak baru dengan beberapa buah bangunan yang masih dalam pembinaan dan telah siap seperti bangunan Hospital Kepala Batas dan Balai Bomba Kepala Batas.

Continue reading

Bawa Hatimu Pulang Ke Rumah, Melepaskan Rindu di Hati

Salam sejahtera buat semua.

pen jam kad matrik utp

Nombor matrik???

Akhirnya, dapat jua saya menjejakkan kaki ke rumah untuk cuti pertengahan semester kali ni. Terasa baru sahaja memulakan semester Januari 2010. Nampaknya kesibukan seharian telah banyak menelan masa yang ada, lalu dirasakan ianya cepat berlalu.

Sepatutnya petang Khamis lagi dah boleh berangkat pulang ke rumah sebab hari Jumaat memang tiada kelas langsung untuk sepanjang sem. Cuti hujung minggu tiga hari. Oleh kerana pulang dengan bas yang disewa rakan, kena ikut seperti biasa la.