Tag: badminton

  • Buat Penaberkala: Kalau Mulut Kata Sayang, Itu Bukan Alasan!

    Salam sejahtera buat semua.

    Sakit hati aku
    Menanti ucapan manis darimu
    Sekadar minta diingati
    Tapi kau terlupa!

    Kau kata bukan sengaja
    Kalau mulut kata sayang
    Itu bukan alasan

    Maaf kau pohon
    Namun berat hatiku mahu menerima
    Tapi kau bernasib baik
    Masih kau ingat memori lama

    Madah panjang yang kau tulis
    Siap cakap-speaking lagi
    Nasib baik tiada kecek-pelawok
    Ku terhibur dalam duka

    (more…)

  • Pasca Piala Thomas 2010: Malaysia Perlukan Muka Baru

    Salam sejahtera buat semua.

    Piala Thomas 2010

    Selepas berakhirnya saingan Malaysia dalam Piala Thomas 2010 apabila tumpas di peringkat separuh akhir selepas kalah kepada China, pastinya ramai yang akan mula memperkatakan kelemahan dan kekurangan skuad negara kita.

    Tidak kurang juga yang mula memberikan solusi kepada permasalahan dalam skuad negara, suatu yang biasa dalam industri sukan negara kita. Ramai yang sayang badminton sebab ini adalah salah satu daripada sukan yang kita mampu kuasai berbanding sukan lain seperti bola sepak dan olahraga.