Tag: Anime

  • (Video) Trailer Detective Conan Movie 15: Quarter of Silence

    Salam sejahtera buat semua.

    Detective_Conan_Movie_15_Poster

    Yeay! Sudah 15 tahun Detective Conan versi filem dikeluarkan. Setiap tahun, pasti ada satu filem yang dikeluarkan dan tahun ini, satu lagi Detective Conan Movie dihasilkan.

    Detective Conan Movie 15: Quarter of Silence akan menerjah pawagam di Jepun pada hari ini, 16 April 2011. Sebagai peminat anime Detective Conan, pastinya anda tak akan melepaskan peluang ini. Bagi peminat di luar Jepun, filem ini hanya akan kedapatan sekitar bulan Oktober (macam biasa la…).

    Jom layan bingkisan official trailer Detective Conan Movie 15: Quarter of Silence di bawah.

    (more…)

  • Apabila Anime Jepun dilesenkan

    Salam sejahtera buat semua.

    CollageAnime

    Anime ialah animasi dari Jepun. Ia merupakan satu industri yang besar dan sangat popular di seluruh dunia. Sebut sahaja pelbagai anime yang popular seperti Doraemon, Naruto, One Piece dan banyak lagi. Ia merangkumi pelbagai jenis genre yang memfokuskan kepada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Kegilaan terhadap anime ini boleh dilihat apabila wujud fansub iaitu kumpulan peminat yang sanggup untuk menterjemahkan anime Jepun ke dalam bahasa lain terutama bahasa Inggeris, bahasa Sepanyol dan bahasa Perancis tanpa sebarang upah (kebanyakan fansub terus hidup oleh sumbangan daripada penonton fanatik).

    (more…)