Tag: 2011

  • Cebisan Bulan Februari 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    1. Hari ini 1 Mac 2011. Bulan terakhir untuk suku pertama 2011.

    2. Rasa laju sangat masa berlalu. Awal bulan Februari tempoh hari sempat pulang ke kampung sejak beberapa hari semester baru bermula.

    3. Kini semakin menghampiri pula cuti pertengahan semester yang akan bermula pada 10 Mac 2011. Cuti hanya selama empat hari sehingga hari Ahad.

    4. Jadi, masih buntu lagi hendak pulang ke kampung atau tidak. Bergantung diatas permintaan rakan sekumpulan dalam Plant Design Project.

    (more…)

  • ADUN Kerdau Meninggal Dunia

    Salam sejahtera buat semua.

    ADUN Kerdau

    Lewat petang semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno dilaporkan meninggal dunia. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dikatakan terjatuh di bilik air rumahnya.

    Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit sejak setahun yang lalu kerana tekanan darah yang tidak menentu. 9 Mei lalu, Allahyarham pernaj dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah buah pinggang dan jantung selepas pembedahan ulser usus.

    (more…)