Mahasiswa USM Mahu Letupkan Helikopter Najib di Facebook

Salam sejahtera buat semua.

Facebook pelajar USM letup helikopter Najib

Kemaskini status pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Transkrian, Nibong Tebal (Kampus Kejuruteraan) yang ingin meletupkan helikopter Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib akhirnya membawa padah kepada diri sendiri apabila dia ditahan. Berita mengenai hal ini telah saya ketahui beberapa hari sebelum ini lagi, namun tidak berapa diendahkan.

Semalam, saya dapat tahu yang pelajar berkenaan telah ditahan oleh pihak polis atas tulisan status tersebut, namun dilepaskan buat sementara waktu kerana sedang menduduki peperiksaan. Ya, saya tahu pelajar USM Kampus Kejuruteraan sedang menduduki peperiksaan sekarang ini kerana saya ada dua orang adik perempuan di sana. Namun, tak pula saya bertanya kenalkah mereka dengan mahasiswa yang dimaksudkan tersebut.

Continue reading

Duit Syiling Siri Ketiga Berada Dalam Edaran Hari Ini

Salam sejahtera buat semua.

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Memulakan pagi ini di depan TV dengan menonton siaran langsung Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 membolehkan saya mendapat tahu mengenai duit syiling Malaysia Siri Ketiga yang mula berada dalam edaran pada hari ini. Maklumlah, sebaik sahaja bermulanya peperiksaan akhir tempoh hari, tidak banyak masa yang dapat diluangkan untuk mengetahui isu semasa.

Dalam pengumuman yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 10 Januari yang lalu, duit syiling baharu ini mula berada dalam edaran untuk kegunaan ramai pada 16 Januari 2012. Duit syiling ini boleh didapati melalui urus niaga biasa. Namun, edarannya akan dilakukan secara berperingkat dengan penggunaan duit syiling sebelum ini. Duit syiling lama ini akan dikeluarkan daripada penggunaan secara berperingkat.

Continue reading

Permohonan Kemasukan Ke IPTA / Politeknik Premier Lepasan SPM Sesi Akademik 2012/2013

Salam sejahtera buat semua.

Jom Masuk Universiti

Kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf, permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi Sesi Akademik 2012/2013 atau ambilan Jun/Julai 2012 telah dibuka bermula pada 9 Januari 2012 yang lalu.

Permohonan kemasukan ke IPTA bagi lepasan SPM melibatkan semua IPTA yang ada pengambilan Asasi dan Diploma (atau lebih dikenali dengan permohonan kemasukan ke UPU oleh para pelajar) dan tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS).

Continue reading

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sesi 2012

Salam sejahtera buat semua.

[Terbaru! Semakan kemasukan ke MRSM tahun 2012]

Kemasukan ke MRSM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuat pengumuman rasmi berkenaan tarikh pengumuman semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi tahun 2012 yang akan dibuat serentak pada hari Jumaat ini iaitu 20 Januari 2012.

Berikut adalah petikan yang telah disalin semula daripada pengumuman yang dipaparkan di portal MARA.

“Semakan keputusan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat MRSM sesi 2012 boleh dibuat bermula 20 Januari 2012.”