Telefon Pintar Pertama: HTC Desire S

Salam sejahtera buat semua.

HTC Desire S

27 April 2011 merupakan hari pertama saya menggunakan sebuah telefon pintar atau lebih dikenali sebagai smartphone. Ianya adalah HTC Desire S yang telah diberikan oleh pihak Maxis untuk Maxis10 Reviewers Programme. Pada waktu tersebut, saya terpilih untuk edisi kali ke-11 dan juga yang terakhir diadakan oleh pihak Maxis.

Dalam tempoh dua minggu, saya diberikan tugasan untuk review smartphone tersebut dan tugasan yang paling mencabar adalah untuk membuat rakaman video berkenaan fungsi HTC Sense. Sebaik sahaja berakhirnya tempoh review tersebut, saya telah diberitahu bahawa ianya menjadi milik saya.

Snippet Waze #1

Salam sejahtera buat semua.

Waze saya berkilau! Ianya emas! #waze #WazeMY #Malaysia

1. Tahun 2013 dimulakan dengan ketidakaktifan menulis di blog. Tapi saya masih tetap aktif berada dalam talian walaupun jarang juga kelihatan di Facebook dan Twitter.

2. Sejak pertengahan November 2012, saya semakin aktif di Waze.

3. Bermula dengan perasaan ingin tahu kenapa peta di kampung halaman saya yang tiada dalam Waze, saya mula mengenal kebolehan untuk menyunting peta Waze.

Continue reading

Laman 5 - 306« Mula...34567...102030...Akhir »