Penyelesaiannya adalah Kembali Kepada Islam?

Salam sejahtera buat semua.

Sheikh Zayed Mosque

Setiap pagi dalam perjalanan ke tempat kerja, saya akan membuka radio IKIM.fm. Kebetulan segmen pada pukul 7.30 pagi itu sangat menarik minat saya. Tapi sampai sekarang saya masih belum tahu apakah nama slot tersebut.

Selepas slot tersebut, DJ akan ke udara dengan segmen berkaitan isu semasa yang kebiasaannya akan diambil daripada tajuk yang terdapat dalam surat khabar pada hari tersebut. Dalam slot itu, pendengar diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan komen masing-masing melalui panggilan ke konti radio atau secara dalam talian melalui Facebook dan Twitter.

Continue reading

Semakan Keputusan Pengambilan Kedua ke MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2012

Salam sejahtera buat semua.

Kemasukan dan rayuan ke MRSM 2012

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengumumkan bahawa semakan keputusan pengambilan kedua kemasukan ke Tingkatan 1 (Form 1) dan Tingkatan 4 (Form 4) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) boleh dibuat mulai 22 Feb 2012 menerusi laman web MARA.

Mumble-less Monday #17: Pejabat Urusan Wisma Yokogawa

Salam sejahtera buat semua.

Pejabat Urusan Wisma Yokogawa

Sudah masuk minggu keempat sejak saya mula bekerja di Pejabat Urusan Wisma Yokogawa. Maknanya, sudah hampir sebulan jugalah saya di sini. Sebaik sahaja graduasi awal bulan Januari lalu, tidak panjang masa cuti saya di rumah. Buat masa ini, saya masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan suasana kerja di Yokogawa.

Continue reading

Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2011?

Salam sejahtera buat semua.

[Terkini: Tarikh rasmi umum result SPM 2011!]

Bilakah tarikh pengumuman keputusan SPM 2011?

Sejak sebulan yang lalu, saya telah diajukan satu soalan berkenaan tarikh pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011. Maklumlah, ada adik yang menanti keputusan SPM untuk diumumkan. Namun, kali ini saya tidak sempat untuk lebih peka dengan tarikh pengumuman keputusan SPM 2011.

Isi masa lapang sambil tunggu result SPM dengan melihat pameran PETRONAS F1!

Walaupun begitu, tarikh 23 Mac 2012 menjadi tarikh yang digembar-gembur akan menjadi hari pengumuman keputusan SPM 2011 oleh sesetengah pihak, termasuk pelajar lepasan SPM 2011 sendiri. Mungkin kerana keputusan SPM 2010 juga diumumkan pada 23 Mac 2011.

Continue reading