Blog

  • Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan UPSR 2012?

    Salam sejahtera buat semua.

    [Terbaru!] Tarikh rasmi keputusan UPSR 2012 telah diumumkan!

    pen and paper[LucasTheExperience]

    Sudah menjadi kebiasaan apabila tamatnya ujian terutamanya peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang lalu, maka timbullah pertanyaan seperti “bilakah tarikh pengumuman keputusan UPSR 2012?”.

    Ya, memang saya ada mendapat soalan seperti ini yang diajukan terus kepada saya melalui ruangan komen dalam entri berkaitan tarikh keputusan UPSR 2011. Sepanjang UPSR 2012 berlangsung tempoh hari, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat berjaya melalui laman FB beliamuda {dot} com.

  • Sanggup Bangun Pukul 3 Pagi Demi iPhone 5!

    Salam sejahtera buat semua.

    Kotak iPhone 5 je...

    Semasa hari pertama iPhone 5 dijual tempoh hari, saya pasti ramai yang sanggup bangun awal pagi atau mungkin tidak tidur terus untuk beratur di kedai yang menjual produk Apple semata-mata untuk menjadi yang terawal mendapatkan iPhone 5.

    Saya mempunyai seorang rakan sekerja yang merupakan pengguna setia iPhone. Sekarang ini dia menggunakan iPhone 4S. Saya memang sudah mengjangkakan yang dia pasti tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan iPhone 5.

    (more…)