Ribut di UTP, Pokok Tumbang Lagi

Salam sejahtera buat semua.

Pokok Tumbang di UTP

Petang semalam, 28 Oktober 2011, satu lagi kejadian pokok tumbang terjadi di UTP. Kali ini, pokok yang lebih besar tumbang dan merentangi jalan yang memisahkan Village 1 dan Village 2, menyebabkan jalan tersebut terpaksa ditutup untuk laluan sehingga kerja-kerja mengalihkan pokok tersebut selesai.

Gambar di atas menunjukkan pokok tersebut yang akarnya telah terbongkah dari tanah. Telahan awal saya, pokok tersebut patah sebab kebiasaannya pokok-pokok di Village 1 patah di bahagian dahan atau batang utama. Kemungkinan gambar di atas ditangkap sebaik sahaja hujan telah reda dan dapat dilihat air masih lagi banyak bertakung.

Continue reading

Melangkah ke Semester Terakhir di UTP

Salam sejahtera buat semua.

Operation Management Textbook

Menulis mengenai sesuatu di awal permulaan semester bukanlah menjadi tradisi bagi saya. Namun, kali ini saya nukilkan juga di sini. Barangkali mungkin kerana ianya adalah semester terakhir pengajian saya di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP).

Mengimbau kembali kemasukan saya ke UTP sejak bulan Januari 2007 beberapa hari selepas saya menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-18, dirasakan apa yang telah dilalui selama berada di sini terlalu cepat berlalu. Inilah tahun kelima berada di UTP dan mungkin genap lima tahun saya berada di sini apabila tamat pengajian di pertengahan bulan Januari 2012.

Continue reading

Alkisah Kursus Pra-Perkahwinan dan Boxbe

Salam sejahtera buat semua.

Kursus Kahwin

Hari Rabu lepas, saya melepaskan gambar yang mengisahkan saya berada dalam dilema. Dilema untuk memilih antara dua. Akhirnya, pilihan telah berjaya dibuat walaupun merasa kesal atas ketidakupayaan sesetengah pihak dalam melaksanakan urusan dengan lebih profesional.

Jujur, memang setiap kali terlihat pasal poster Kursus Pra-Perkahiwnan sebelum ni, memang terdetik rasa hati untuk turut serta. Lagipun, dengan kos yang lebih rendah berbanding di luar, ianya satu peluang yang tak patut dilepaskan. Kalau sebelum ni agak segan nak masuk sebab masih terlalu awal, tapi kini dah berada di Tahun Akhir pengajian ianya tidak dirasakan terlalu awal lagi.

Kelam Kabut Mengisi Senarai Semak Graduasi

Salam sejahtera buat semua.

Mayak dan Penaberkala

Hari ini kebanyakan rakan termasuk saya sibuk berurusan dengan Exam Unit bagi menyiapkan proses mengisi senarai semak graduasi. Arahan yang dikeluarkan lewat petang Khamis lalu mewajibkan pelajar yang akan bergraduasi pada sem September 2011 untuk segera mengisi borang senarai semak graduasi (baca: graduation checklist) selewat-lewatnya hari ini.

Ada yang kelam-kabut kerana perlu mengingati semula semester sesuatu subjek diambil sebelum diisi ke dalam borang kerana senarai yang diberi oleh Exam Unit tidak menyatakan secara tepat semester subjek tersebut diambil (ada kesilapan lagi). Saya bernasib baik kerana masih lagi menyimpan slip subjek yang diambil setiap semester berserta dengan slip keputusan peperiksaan.

Continue reading