Category: Sukan

  • Final Piala Malaysia 2010: Kelantan VS Negeri Sembilan

    Salam sejahtera buat semua.

    Final Piala Malaysia Kelantan vs Negeri Sembilan

    Malam ini kita akan dapat menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2010 antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bukit Jalil. Tanggal 30 Oktober 2010 akan menyaksikan sama ada Kelantan mampu merampas takhta Piala Malaysia atau Negeri Sembilan mempertahankannya untuk tahun yang kedua berturut-turut.

    Jika ditanya kepada saya, sudah pastinya saya mahukan Kelantan memenangi Final Piala Malaysia 2010. Anda pula bagaimana?

  • Keputusan Piala Thomas 2010 Peringkat Akhir: China vs Indonesia

    Salam sejahtera buat semua.

    Piala Thomas 2010

    Perlawanan pusingan akhir Piala Thomas 2010 menyaksikan pertemuan dua gergasi badminton dunia iaitu China dan Indonesia. Sedikit info untuk anda, hanya tiga negara sahaja yang pernah menjulang Piala Thomas, iaitu Indonesia, China dan Malaysia.

    Perlawanan akhir Piala Thomas akan mempertemukan juara bertahan China dan pilihan kedua Indonesia yang mana menyaksikan pertembungan dua jaguh Olimpik iaitu Lin Dan (emas Sukan Olimpik Beijing 2008 dan nombor dua dunia) dan Taufik Hidayat (emas Sukan Olimpik Athens 2004 dan nombor lima dunia).

    (more…)