Category: Pendidikan

  • Tarikh Keputusan Rasmi SPM dan STAM 2009

    Salam sejahtera buat semua.

    Setelah pelbagai spekulasi tentang tarikh keputusan SPM 2009 dan khabar angin keputusan SPM 2009, akhirnya pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 telah diumumkan. Turut diumumkan ialah tarikh pengumuman rasmi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009.

    Keputusan SPM dan STAM 2009 akan diumumkan pada hari khamis ini iaitu 11 Mac 2010.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

    (more…)

  • Analisa Keputusan STPM 2009

    Salam sejahtera buat semua.

    Hari ini, 25 Februari 2010, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2009 telah diumumkan secara rasmi di seluruh negara. Analisa keputusan STPM 2009 dibacakan oleh Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

    Beliau memberitahu daripada 48,446 calon, sebanyak 4,316 calon lulus lima mata pelajaran, 29,670 lulus empat mata pelajaran), 9,797 lulus tiga mata pelajaran, 7,412 lulus dua mata pelajaran dan 6,251 lulus satu mata pelajaran.

    (more…)