Category: Melodi D’ Hujung Minggu

  • (In-Team) Sutera Kasih – Doa dan Titis Air Mata

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Lagu daripada In-team iaitu Sutera Kasih adalah antara lagu terawal daripada In-Team yang saya suka, seangkatan dengan lagu Nur Kasih (dua lagu ni dalam album berlainan). Sutera Kasih adalah salah satu lagu daripada album Kasih Kekasih (2000), album pertama In-Team.

    Di bawah ni ada klip video (MV) Sutera Kasih. Tak banyak pula klip video yang dihasilkan oleh peminat untuk lagu ni. Mungkin sebab lagu ni dah lama sangat.

    (more…)

  • (Zivilia) Aishiteru – Menunggu dan Merindu

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Saya selalu berkunjung ke laman penanda blog kepunyaan blogger Indonesia untuk membaca isu semasa di sana dan juga untuk mengetahui apa yang menarik di Indonesia.

    Ada satu isu yang dihangatkan oleh blogger di sana tentang sebuah lagu yang dikatakan ada masalah ciplak lagu dan klip video daripada Jepun. Tak kisahlah apa pun masalah dengan tu, yang penting lagu tu boleh tahan best.

    Lagu yang saya maksudkan adalah lagu Aishiteru (Menunggu) yang dinyanyikan oleh band Zivilia (juga disebut Zhifilia). Sebelum ni tak pernah dengar pun nama band ni. Apapun, layan klip video lagu Aishiteru di bawah.

    (more…)