Category: Melodi D’ Hujung Minggu

  • (Only Won) I Wanna Be An Engineer: Mood Final Year

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Sudah seminggu saya secara rasmi berada di tahun akhir pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP). Keputusan telah dibuat untuk ambil majoring Process Control.

    Tahun ni paling padat dengan tiga sem sampailah ke hujung tahun ni atau mungkin awal tahun depan dengan cuti sepanjang tahun yang mungkin tidak melebih sebulan pun (tidak termasuk cuti hujung minggu).

    Jom layan lagu I Wanna Be An Engineer oleh Only Won (Billionaire Geeked Out Mix) sempena dengan mood final year! Lirik pun ada sekali kat bawah.

    (more…)

  • (Romance) Ku Ingin Kamu – Terjerat Dalam Perjanjian Nyawa [OST Drama Asmara]

    Salam sejahtera buat semua.

    Melodi

    Lagu Ku Ingin Kamu oleh Romance, salah satu lagu tema (OST) dalam drama Asmara menjadi pilihan untuk Melodi d’Hujung Minggu pada kali ini. Saya mendengar lagu ini bukanlah melalui drama Asmara. Drama Asmara pun saya tak pernah tengok. 😛

    Apa yang membuatkan saya tertarik dengan lagu ini ialah melodi di permulaan lagu yang mengasyikkan. Kalau korang tak pernah dengar, boleh dengar dalam muzik video rasmi Ku Ingin Kamu oleh Romance dalam klip di bawah.

    (more…)