Category: Meja penulis

  • 2008 – Menanti tirainya dilabuhkan

    Tidak beberapa lama lagi, tirai 2008 akan berlabuh dan 2009 akan memulakan pentasnya. Apa yang telah kita capai sepanjang 2008?

    Bagi aku sendiri, tahun 2008 merupakan tahun yang mencabar. Sedikit kesilapan dan kealpaan dalam percaturan hampir membawa kemusnahan. Tapi, nasib baik tak sampai tahap tu lagi. Apa yang lebih menarik, berakhirnya tahun 2008, bermakna angka satu (1) tidak akan muncul di depan umurku. Tahun hadapan, iaitu esok, secara tak rasmi, aku akan berumur 20 tahun. Secara rasminya, aku akan beurmur 20 tahun 10 hari kemudian. Sahabatku, anda bagaimana?

    Prestasi akademik tahun 2008 agak mengecewakan. Dengan permulaan GPA yang sedikit rendah, nampaknya perkara yang sama bakal berulang untuk semester kedua. Semakin berdebar menunggu keputusan yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Walaupun aku cuba berubah untuk semester kedua, keadaan tidak banyak bezanya dan menjadi lebih teruk terutama semasa menduduki kertas terakhir. Risaunya…

    Sepanjang cuti semester, aku cuba mencari identiti dan jalan yang telah aku tinggalkan. Jalan yang dulu pernah aku lalui, tapi kerana sukar, aku lari. Tapi, itulah hakikat yang sebenarnya. Bantulah aku untuk kembali ke jalan yang betul!

    Aku mencari semula semangat yang hilang,
    Di sebalik jiwa yang kusut,
    Untuk berada di jalan yang lurus,
    Meneruskan kembali perjuangan yang ditinggalkan.

    Selamat tinggal 2008. Akanku kenangmu dalam diari hidupku.

    beliamuda: dimanakah anda di malam ini?

  • Petang ini hujan

    Agak kebudak-budakan la tajuk tu.. Tapi itulah kenyataan. Petang ini hujan. Hujan sedang turun dengan lebatnya. Eh, tak de lah lebat sangat, sekadarnya sahaja.

    Amaran hujan lebat peringkat kuning di daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh dijangka berterusan sehingga esok.

    Itu yang ditulis kat dalam berita dan yang dilaporkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada Jumaat lepas. Risaunya aku. Malam ni kena memandu. Eh, apa pula yang susahnya?

    Masalahnya, aku tak pernah memandu malam dan jalan yang akan aku lalu adalah jalan kampung. Kalau hujan, lagi la parah. Dugaan betul. Tapi, aku nak memandu ke mana malam ni? Ahaks.. bukan nak keluar saja-saja. Malam ni aku akan memandu ke New Pacific Hotel untuk jamuan keluarga bengkel Radicare Kota Bharu. Sekadar membawa ahli kelurga. Pengganti Abah, sebab Abah kena berada di sana lebih awal. Kenyataannya, Abahlah yang menguruskan makan malam ni.

    Laluan yang akan diambil? Tahu ke jalannya? Takpe2, aku dah minta tolong Google Earth sikit, untuk memudahkan aku. Dah tahu tempatnya, cuma tak biasa saja.


    Gambar yang tak berapa nak ada dalam peta tu la jalan kampung yang akan aku lalu… haih…

    beliamuda: rasa bersemangat sikit hari ini… sikit je ke?