Category: Kehidupan

  • Dapatkah Pulang Beraya di Kampung Halaman?

    Salam sejahtera buat semua.

    Balik kampung

    Permulaan puasa hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Dengan ketibaan bulan Ramadhan nanti, umat Islam di seluruh dunia akan berpuasa selama sebulan. Selepas itu, Hari Raya Aidilfitri akan disambut sebagai tanda kemenangan.

    Puasa pada tahun ini membawa perbezaan yang tersendiri kerana kini saya sudah berada di alam pekerjaan. Keadaan menjadi lebih mencabar apabila sepanjang bulan Ramadhan nanti saya sibuk dengan projek di atas kapal di Singapura.

    (more…)

  • Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

    Salam sejahtera buat semua.

    Nokia X2-00 Combo

    Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

    Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

    (more…)