Category: Isu semasa

  • Surau Taman Menara Maju Dibali Batu, Cermin Pecah

    Salam sejahtera buat semua.

    Terkejut membaca berita di awal pagi Ahad ni. Ingatkan hari yang cerah lagi baik, tambah-tambah hari yang cukup istimewa ni, takde la pulak dengar berita tidak menggembirakan.

    Dilaporkan, cermin Surau Taman Menara Maju, Kampung Jawa, Klang pecah akibat dibaling dengan batu. Kejadian dikatakan berlaku sekitar pukul 6 pagi semalam.

  • Isu Penggunaan Kalimah ALLAH: Gereja Desa Melawati Dibakar

    Salam sejahtera buat semua.

    Gereja Metro Tabernacle A/G

    Terkejut apabila terbaca kicauan di pagi hari mengatakan ada sebuah gereja telah dibakar. Dilaporkan, sebuah gereja di Desa Melawati telah dibakar lewat tengah malam tadi.

    Kejadian ini yang terjadi di Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak telah dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH. Walaupun pihak polis menafikan dan masih dalam siasatan, tidak dapat tidak kita akan beranggapan pastinya ada kaitan dengan isu tersebut.

    (more…)