Category: Gambar

  • Mumble-less Monday #1: Hujan Hati

    Salam sejahtera buat semua.

    bunga basah air hujan

    “Kadangkala hujan menyirami taman hati, agar mekar kembali bunga yang hampir layu”

    3:30PM 29-MEI-2011

    (more…)

  • Tiket Wayang Nur Kasih The Movie

    Salam sejahtera buat semua.

    Tiket wayang Nur Kasih The MovieSeperti yang dirancangkan sebelum cuti sem bermula dengan Anuar dan Faris, sehari sebelum sem baru bermula, Nur Kasih The Movie harus ditonton.

    Sebaik sahaja tiba di Ipoh dalam perjalanan pulang dari Kelantan, kami terus saja menuju ke Kinta Cinty untuk medapatkan tiket wayang Nur Kasih The Movie, takut tiket akan habis sebelum sempat dibeli untuk tontonan hari ni. Tambahan lagi di hujung minggu, mesti ramai yang keluar untuk menonton wayang.

    Menjadi lebih  menarik apabila kami berpeluang melihat bahagian lain Ipoh sebab pandai-pandai je masuk dari susur PLUS ke Gunung Lang selepas exit Tol Jelapang. Sepatutnya masuk susur yang lebih depan lagi dan terus jumpa dengan Kinta City. Kebetulan pulak hujan lebat masa tu.

    (more…)

  • Kad Ucapan Khas Hari Guru 2011

    Salam sejahtera buat semua.

    Ucapan Selamat Hari Guru

    Merujuk kepada entri ucapan selamat Hari Guru 2011 buat para guru, saya ada menyatakan yang gambar di atas dibuat khas sebagai kad ucapan buat cikgu-cikgu adik saya di sekolah. Tapi sayangnya direjek oleh Mama kerana terlalu banyak warna sebab dakwat warna printer dah nak habis.

    (more…)