Mumble-less Monday #12: Pesta Konvo UTP 2011

Salam sejahtera buat semua.

Poster Convofair 2011

Pada hujung minggu ini, iaitu 14 hingga 16 Oktober nanti bakal berlangsungnya Pesta Konvo 2011 atau dikenali sebagai Convofair 2011 UTP sebagai meraikan Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) yang kesekian kalinya.

Convofair 2011 UTP bakal diadakan di Oval Park UTP (boleh nampak daripada Lebuhraya Ipoh Lumut), lokasi yang tak pernah lagi diadakan pesta konvo sebenarnya.

Continue reading

Mumble-less Monday #11: Duit RM50 Baru?

Salam sejahtera buat semua.

Duit RM50 kenang-kenangan Sukan Komanwel 1998

Baru-baru ini ada seorang rakan di Facebook menyiarkan gambar seperti di atas dengan mendakwa ianya adalah gambar duit RM50 yang terbaru. Saya sebenarnya sangsi dengan kenyataan beliau kerana tidak pula saya menjumpai mana-mana sebaran rasmi daripada pihan Bank Negara Malaysia (BNM).

Maka, bertanya terus kepada pihak BNM adalah langkah terbaik untuk mengetahui mengenai kebenaran gambar not RM50 yang didakwa terbaru itu. Satu emel dihantar lewat petang Khamis meminta penjelasan dan dibalas keesokannya oleh pihak BNM.

Continue reading