Category: Gambar

  • Mumble-less Monday #14: Suku Masa Kedua Sem Final

    Salam sejahtera buat semua.

    Week 5

    Minggu kelima (Week 5) bagi sesi akademik semester September 2011, iaitu sem terakhir saya di UTP menandakan bernulanya suku masa kedua bagi semester kali ini.

    Setakat manakah perkembangan semester akhir ini? Bagaimana dengan projek Tahun Akhir? Apakah yang telah dipelajari dalam dua subjek lain iaitu OM dan SPC? Laluan manakah yang akan dipilih selepas ini? Inilah masa untuk menilai kembali setakat mana pencapaian didalam suku masa pertama.

    (more…)

  • Mumble-less Monday #13: Air Mineral Mahal

    Salam sejahtera buat semua.

    Air mineral mahal

    Masa keluar ke Ipoh dengan kawan-kawan iaitu di Kinta City tempoh hari, kami ada membeli air mineral. Disebabkan malas sangat nak masuk dalam kawasan membeli-belah Jaya Jusco semata-mata untuk beli air mineral, maka kami cari sahaja mana-mana kedai yang ada jual air mineral.

    Punya la hampeh bila saya seorang je yang terbeli air mineral di Big Apple yang berharga RM3.20 sebotol. Yang lain semuanya tunggu saya bayar dahulu. Lepas tu diorang beli air mineral lain yang harga untuk dua botol adalah RM3.20. Dah la sebotol yang saya punya tu cuma 500 ml sedangkan botol yang dua lagi tu adalah 600 ml setiap satunya.

    (more…)