Category: Jalan-Jalan Cari Makan

  • Berjalan di Sekitar Bangunan QueensPark Kota Bharu

    Salam sejahtera buat semua.

    Ilustrasi QueensPark

    Pada hari Isnin yang lalu iaitu pada 19 September, saya telah membawa rakan-rakan ke satu kawasan yang baru sahaja dibangunkan di Kota Bharu iaitu QueensPark SportzCity & Boulevard, Tanjong Chat, Kota Bharu.

    QueensPark KB

    Perancangan asal pada hari tersebut hanyalah untuk keluar bermain boling di KB Mall, tapi telah diselitkan dengan rancangan untuk ke QueensPark bagi memenuhi janji dengan adik bongsu saya. Saya dah berjanji untuk membawa dia ke kedai Tutti Frutti yang baru dibuka di bangunan QueensPark (merupakan kedai pertama dan satu-satunya yang beroperasi di sana buat masa ini).

    (more…)

  • Suasana Pesta Durian Perak 2011 di Dataran Long Jaafar

    Salam sejahtera buat semua.

    Suasana Pesta Durian Perak 2011

    Semacam terlewat untuk mengemaskini blog dengan entri Pesta Durian Perak 2011 yang telah berlangsung pada 23 dan 24 Julai 2011 yang lalu di Dataran Long Jaafar. Namun, persetankan sahaja semua itu kerana tiada benda lain yang boleh mengisi beliamuda {dot} com buat masa ini.

    Sebaik sahaja habis Pesta Durian Perak 2011, saya ada menyebutkan untuk menceritakan sedikit sebanyak suasana di sekitar majlis tersebut. Maka, inilah dia entri sebagai memenuhi kata-kata saya tersebut. Pada asalnya, saya berada dalam dilema untuk membuat keputusan sama ada untuk ke pesta durian ini atau tidak.

    (more…)