Mumble-less Monday #26: Ruang Solat Terminal 1 Changi Airport

Salam sejahtera buat semua.

Secanggih Changi Aiport ni, daif je ruang solat terminal 1.

Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, pasti kagum dengan kecanggihan serta kemudahan yang disediakan di sana.

Dengan empat terminal iaitu Terminal 1, 2, 3 dan Budget, lapangan terbang ini agak sibuk dengan kapal terbang berlepas atau mendarat setiap 100 saat. Sejak empat bulan kebelakangan ini, selalu jugalah saya menggunakan lapangan terbang ini.

Terminal 1 merupakan lokasi perkhidmatan AirAsia serta beberapa syarikat penerbangan lain seperti British Airways, Cathay Pacific Airways dan Emirates.

Apa yang saya terkilan dengan Terminal 1 ini ialah kedaifan “ruang solat” yang disediakan. Menurut portal Changi Airport dan papan maklumat di situ, ada ruang solat khas yang disediakan.

Namun, pengalaman saya mencari sendiri surau berdasarkan maklumat yang dibekalkan membawa hampa. Saya difahamkan oleh staf Changi Airport bahawa tiada ruang solat yang disediakan. Ruang daif dalam gambar di atas merupakan stor kecil yang berada di aras 2, berhadapan dengan barisan kaunter 2.

Memang ruang ini digunakan untuk solat. Semasa saya berada di situ, ada orang tengah solat. Ada juga sejadah kepunyaan orang lain yang ditinggalkan di sana. Mungkin kepunyaan pekerja di Terminal 1 Changi Airport.

Terkilan.

beliamuda: There it goes another not so mumble-less entry

2 thoughts on “Mumble-less Monday #26: Ruang Solat Terminal 1 Changi Airport

    • Syukurlah. Yang tak berapa best, bukan sebab diorang tak menitikberatkan benda ni, tapi dalam maklumat Changi Airport, diorang tulis ada surau. Tu yang terkilan sikit tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge