Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

Salam sejahtera buat semua.

Nokia X2-00 Combo

Dalam kesibukan persiapan terakhir sebelum bermulanya power-up di kapal untuk projek yang sedang berjalan di Singapura sekarang ni, Nokia X2-00 mengalunkan melodi tanda ada mesej yang masuk. Entah siapa pula yang menghantar mesej.

Sebelum keluar makan tengah hari tadi dapat panggilan telefon daripada rakan se-universiti yang ditawarkan bekerja di Yokogawa. Sebenarnya dia datang temuduga sekali dengan saya tidak berapa lama dahulu. Tahniah untuk Amirullah.

Sebaik dibuka mesej yang masuk sebentar tadi, terpapar di skrin seperti berikut:

RM0.Your Card
tlh berjaya dan
menangi hadiah
GRAND PRIZE.dr
Shell (M) BHD
RM20,000.00
No siri.9R 247 YK
Sila dail talian:
014-2846-268
www.promohadiah.co.cc

Ah, benda tipu rupanya. Mesej ini dihantar daripada nombor telefon +60198121485. Kalau dibuka pautan yang diberikan, akan dipaparkan laman yang meniru Shell Malaysia. Ini phishing namanya. Tapi kurang pro.

Abaikan sahaja mesej ini dan baca mesej daripada Shell seperti yang di bawah ni:

Shell Malaysia wishes to inform our valued customers, that the Shell campaign “Win up to RM60,000 Cash Weekly” which was launched on 28th June 2012, has been withdrawn with immediate effect, in line with the guideline from the Government regarding promotional activities for fuels.

Shell Malaysia

Semoga menjadi pedoman buat teman yang lain.

beliamuda: Kenapa kempen Shell tersebut ditarik balik?

191 thoughts on “Menang Hadiah Grand Prize Shell (M) RM20,000

  1. I have receive a sms from 014-5598353 (card telah berjaya & menangi hadiah Sila GRAND PRIZE . dr Shell (M) Berhad RM20,000 RIBU No.siri247YK Sila dail talian 012-8391-484 helix-ms.tk) Please if this is a cheating massage. Why is that no action is taken on them all telephone number are registered, the person doing this should be taken action for using Shell name and cheating people and get wrong impression in your company.

  2. Just received an SMS message regarding this scam, message are as follows:
    Tainiah anda berjaya menangi hadiah RM 19.000 BONUS LINK dan SHELL. BHD no reg 552299 Sila call office : 017-8681400 Terima Kasih.
    Please take and update.

  3. SAYA PON DAPAT MSG YANG SAMA

    RM0. Your Card telah berjaya & menangi hadiah GRAND PRIZE.dr Shell (M) Berhad RM20,000.RIBU No.siri.9R247YK
    Sila dail talian : 012-8391-484

  4. sebentar tadi saya dapt sms dari satu no yang tidak di kenal no 0128643587 semua ne palsu dan minta fon ne lain ne no 012 8643843 semua ne adalah palsu DARI MANA MEREKA DAPAT NO PERIBADI KITA BERMAKSU MAXIS TIDAK ADA SEC UNTUK NO YG DI BELI SEDANGKAN ORNAG LAIN BOLEH DAPAT DAN SMS WHY : SIAPA PENIPU INI JAGAN TERPEDAYA DENGAN PENIPU SUARA YANG SAYA DENGAR SEPERTI WARGA INDONESIA ……SIAPA KENAPA MEREKA SUKA CARI MASAALH .SAYA AKAN BUAT LAPORAN SEKEJAP LAGI SAFETY BULK ..

  5. RM0. Your Card telah berjaya & menangi hadiah GRAND PRIZE.dr Shell (M) Berhad RM20,000.RIBU No.siri.9R247YK
    Sila dail talian : 012-8392-307

  6. aku pon dapat.. dengar suara macam orang indon yg noob gila dalam tel marketing.. cakap meleret.. aku layan konon percaya.. sampai dia suruh pergi atm mesin dan call dia balik.. dia kata no siri tu no code untuk kita tebus cek 20k. masa cakap tu rasa penin2 cam stim.. ni la sindiket pukau talifon. lepas dia mintak nama kita dia akan pukau kita.. silap aku bg nama betul.. hahahaha.. cakap indon mengaku org serawak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge