Nikmatnya Dapat Makan Dengan Tangan!

Salam sejahtera buat semua.

Nasi Lemak di Singapura

Sejak saya menjejakkan kaki di Singapura pada 30 April yang lalu, baru semalam saya dapat menjamah nasi dengan tangan. Sebelum ini, setiap kali makan saya perlu menggunakan sudu dan garfu. Nikmat sebenarnya dapat makan dengan tangan sendiri. Memang lain rasanya!

Gambar nasi lemak di atas adalah juadah pertama yang saya makan di sini iaitu di Hot & Spicy Nasi Lemak Restaurant di Pasir Panjang. Walaupun harganya boleh dikatakan mahal berbanding juadah makanan yang boleh didapati di tempat lain, hidangan nasi lemak yang berbeza daripada kebiasaan menjadikan hidangan nasi lemak lebih menarik. Semestinya saya makan dengan sudu dan garfu di restoran ini.

Di hari-hari yang seterusnya terutama waktu makan tengah hari, saya akan makan di medan selera (food court atau hawker centre) yang memang banyak terdapat di sekitar kawasan tumpuan orang ramai seperti di kawasan perindustrian dan penempatan penduduk.

Apa yang saya perasan, memang tiada langsung sinki. Setiap gerai makanan pula memang akan menyediakan sudu dan garfu ataupun chopstick (kebanyakan gerai adalah milik pengusaha Cina). Mungkin ini untuk menjimatkan kadar penggunaan air.

Nasi CampurBeli bungkus dan makan dengan tangan!

Oleh kerana tiada kemudahan untuk membasuh tangan, maka tiada pilihan lain untuk makan di sini melainkan dengan menggunakan alatan kutleri. Agak kekok juga untuk makan jika lauknya adalah ayam. Jauh sekali untuk menikmati hidangan. Memang tidak kena dengan jiwa.

beliamuda: Kalau nak makan dengan tangan juga, kena bawa air dalam botol sendiri la nampaknya…

2 thoughts on “Nikmatnya Dapat Makan Dengan Tangan!

    • @sha, Betul! Jilat tangan sendiri lagi best dari jilat sudu dan garfu yang entah dah berapa ramai guna dan kongsi. Lagi best dengan tangan yang kita je guna. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge