Mumble-less Monday #22: RAPID PETRONAS

Salam sejahtera buat semua.

RAPID PETRONAS

Projek RAPID atau nama penuhnya iaitu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Refinery and Petrochemical Integrated Development) telah mula timbul sejak 13 Mei 2011 lagi setelah ianya diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia di KLCC.

Pada 13 Mei 2012, RAPID telah dilancarkan secara rasmi oleh Sultan Johor di Pengerang. Gambar di atas memaparkan ucapan penghargaan daripada pihak PETRONAS kepada Sultan Johor, DYMM Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bagi majlis pelancaran tersebut.

RAPID bukanlah nama yang asing bagi saya sebagai bekas pelajar Universiti Teknologi PETRONAS kerana ia menjadi sebutan semasa berada di penghujung pengajian kerana ianya bakal menyediakan peluang pekerjaan buat lulusan di bidang kejuruteraan berkaitan minyak dan gas terutamanya.

Kalau tak silap, PETRONAS sudah mula merekrut kumpulan terawal tenaga kerja teknikal untuk RAPID. Technip yang berjaya mendapatkan kontrak rekaan depan-belakang (baca: front-end design) juga sedang menawarkan peluang pekerjaan untuk pelbagai posisi teknikal dan bukan teknikal. Jadi, rebutlah peluang mana yang ada tersebut.

beliamuda: Ramai kenalan yang bakal terlibat dengan projek ni nanti…

5 thoughts on “Mumble-less Monday #22: RAPID PETRONAS

  1. Bila mass recruitement tu bakal dilaksana? Sempat lg ker sy pelajar SPM 2012 utk mengambil kejuruteraan Chemical/petroleum di UTP dan seterusnya mohon pekerjaan utk projek RAPID ni? Peluang utk Chem Eng luas tak dlm projek Rapid? Terima kasih

    • Setahu saya, pengambilan telah bermula sejak beberapa bulan lepas untuk melatih jurutera ini di loji-loji Petronas yang sedia ada. Peluang itu akan terus terbuka selagi RAPID belum beroperasi sepenuhnya. Lepas tu pun pasti akan ada peluang lagi.

      Kalau tengok maklumat awal RAPID, peluang untuk Chem Eng sangatlah banyak. Namun pengalaman akan menjadi pertaruhan di sini kerana RAPID adalah projek baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge