Nasib Malang Dikejar dan Digigit Anjing

Salam sejahtera buat semua.

Dikejar dan Digigit Anjing

Malang tidak berbau. Apatah lagi berbunyi. Tetapi salakan anjing yang galak itu pastinya dapat ditangkap telinga yang mendengar. Pengalaman dikejar dan digigit oleh seekor anjing yang terlepas adalah nasib malang yang tidak akan pernah dilupai oleh saya.

Selama saya hidup di kejiranan yang ada memelihara anjing, inilah kali pertama saya menjadi sasaran seekor anjing. Sebelum ini di Taman KTC 3, Kulim Hi-Tech pun banyak juga anjing yang berkeliaran. Namun, tidak pernah pula saya dikejar oleh anjing.

Semalam, di rumah sewa saya di kawasan Saujana Puchong 7, seekor anjing yang dipunyai oleh jiran terdekat telah terlepas daripada ikatan. Saya pada masa tersebut baru sahaja keluar dari Viva dan hendak menutup pintu sebelah penumpang yang tidak ditutup oleh adik saya.

Terdengar salakan anjing yang galak dan amaran daripada Abah (kebetulan keluarga saya pun ada di dalam kereta lain pada waktu itu), saya tercengang semasa melihat anjing itu datang meluru ke arah saya. Dalam fikiran saya pada masa tersebut, saya hanya mahu mengelak daripada bersentuhan dengan anjing tersebut.

Tidak semena-mena anjing itu berlari laju lalu memaksa saya untuk turut melarikan diri. Pusingan pertama ke sebelah kanan Viva yang agak lambat telah memberi peluang kepada anjing itu untuk meletakkan mulut di bahagian kaki kanan. Saya masih lagi meneruskan larian ke arah kereta Abah.

Perodua Viva

Saya segera masuk ke bahagian belakang kereta Abah yang pintunya telah sedia dibuka oleh adik. Gigitan di bahagian kaki tadi memang dirasai. Kesan basah kelihatan di tempat yang digigit tadi. Nasib baik saya memakai jeans. Gigitan anjing itu tidak mampu untuk mencederakan saya.

Walaupun gigitan tersebut tidak melukakan, kesan calar dan kemerahan ada kelihatan di bahagian bawah betis. Mama menyarankan saya dibawa ke klinik untuk menerima rawatan. Satu suntikan diberi oleh doktor dan dibekalkan dengan ubat antibiotik. Doktor menasihatkan, jika digigit oleh binatang, cucian dengan sabun dan air sudah memadai sebagai antiseptik.

Apa yang leceh selepas sentuhan dengan anjing (sentuhan basah) ialah untuk menyertu bahagian yang terkena dengan najis mughallazoh. Kena cari tanah yang suci dan bersih untuk digunakan dalam proses cucian. Kalau ada sabun tanah liat pun boleh digunakan juga. Untuk garis panduan sertu, boleh rujuk di portal e-Fatwa.

beliamuda: Samak dan sertu adalah dua istilah yang membawa maksud berbeza. Kebanyakan kita selalu menggunakan perkataan samak untuk memaksudkan proses menyucikan bahagian yang terkena najis mughallazoh, padahal isitilah yang betul adalah sertu.

Comments

10 responses to “Nasib Malang Dikejar dan Digigit Anjing”

  1. TopiJerami90 Avatar

    hehehe.. dulu pun pernah hampir digigit anjing…
    tapi nasib baik tuan anjing 2 sempat tarik anjing 2..

    1. beliamuda Avatar

      @TopiJerami90, nasib baik sempat tarik. Ni dah terlucut terus. Adeh, sakit jugak tu.

      1. TopiJerami90 Avatar

        @beliamuda, memang rasa takut gak masa 2…
        xpe la 2..anggap je sebagai ujian

        1. beliamuda Avatar

          @TopiJerami90, Itulah. Benda dah memang ditakdirkan berlaku. Pasti ada hikmah semua tu.

  2. hazwan Avatar

    bila anjing mari, mu duduk cangkung, amuk pasir, lepor kat mata dia..hehe

    1. beliamuda Avatar

      @hazwan, haha… duk cangkung plok? Mmg kaw2 hati besi la. Dah la atas tar. Mana la nak cari pasir. Pelik benor tip mung ni.

  3. ixypixie Avatar

    dua kali berhadapan dgn situasi tu.

    sekali time otw nk g poket D dgn madiah. 1st time encounter rase xtau nk watpe, nak baling batu or lari? tetibe ade kereta lecturer berhenti n tumpangkan.

    2nd time kt sentul, baru je trun dr kereta n tutup pintu. pegi sebelah driver. then nmpk 1 kumpulan anjing tengah merayap2 dlm 50m lg. terus mus tarik masuk dlm kete.

    stkt ni dua2 selamat. harap takde yg ketiga >.<

    1. beliamuda Avatar

      @ixypixie, harap takde yang ketiga. Orang cakap, jangan lari kalau berdepan dengan anjing. Buat rilek je dan berlalu dengan aman.

  4. Pisyek Avatar

    samak untuk apa pula ye? contoh penggunaan? hehe. 😀

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, Samak adalah menyucikan kulit binatang bagi kegunaan manusia, bukannya menyucikan najis mughallazah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge