Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2011/2012

Salam sejahtera buat semua.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan membuka permohonan untuk Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) bagi tahun 2011 mulai 1 Ogos 2011. Permohonan ini adalah untuk pelajar yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda untuk sesi 2011/2012 dan pelajar yang sedang mengikuti pengajian tahun 2 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan.

IPTA/IPTS Tajaan Biasiswa JPA PIDN

Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Diploma dan Ijazah adalah seperti berikut:

  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)
  • Universiti Islam Antarabangsa (UIAM)
  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Universiti Teknikal Malaysia (UTeM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  • Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang disenaraikan bagi Biasiswa JPA program pengajian peringkat Ijazah sahaja adalah seperti berikut:

  • Universiti Multimedia (MMU)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Syarat-syarat Permohonan

A. Syarat Asas

  • Warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2011;
  • Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
  • Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta seperti yang disenaraikan di atas:
    • Peringkat ijazah pertama (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPT (kecuali UPSI), UNITEN, MMU atau UTP atau sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas; dan
    • Peringkat diploma (bagi kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012) dari mana-mana IPTA (kecuali UPSI).

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Pelajar Baru di Tahun Pertama kemasukan November/ Disember Sesi 2010/ 2011 atau Semester I Sesi 2011/ 2012:

kelayakan-akademik-mohon-biasiswa-JPA-2011

2. Pelajar Tahun Kedua dan Ke Atas

  • Bidang-bidang lain selain bidang kritikal (Perubatan, Pergigian dan Farmasi) – CGPA 3.50

Calon-calon yang mendapat tawaran kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam bagi kursus perubatan, pergigian dan farmasi di peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat kelayakan akademik di atas.

Bidang Tajaan

Bidang tajaan Biasiswa JPA 2011

Bidang Yang Tidak Ditaja

  • Pendidikan;
  • Penerbangan;
  • Diploma Kejururawatan dan Separa Perubatan yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan;
  • Kursus-kursus Profesional (contoh : ACCA / CIMA / AutoCAD / Linux);
  • Program berkembar dengan institusi luar negara atau seumpamanya;
  • Bidang/ Kursus yang mensyaratkan pelajar mengambil/ mengikuti sebahagian daripada mata pelajaran atau latihan amali di luar negara; dan
  • Lain-lain bidang yang tidak ditaja oleh Kerajaan (contoh : Double Degree).

Mereka Yang Tidak Layak Memohon

  • Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan khusus yang ditetapkan.
  • Calon yang sedang ditaja bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah pertama dan diploma ke Institusi Pengajian Tinggi Tempatan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
  • Pelajar-pelajar yang telah mempunyai Ijazah Pertama, Diploma Lepasan Ijazah atau Diploma anjuran sesuatu Jabatan/ Agensi.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian Diploma dalam tahun kedua dan ke atas pada Semester II sesi 2011/ 2012.
  • Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Kursus Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan.
  • Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi/ Asasi Sains/ Pra-Universiti/ Alpha/ Foundation.
  • Pelajar/ pegawai yang sedang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  • Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Double Degree, Program Luar Kampus dan Program Jarak Jauh.

Kadar Biasiswa

Biasiswa yang akan diberi termasuklah elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun tesis, elaun kertas projek, elaun latihan amali dan yuran pengajian.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Diploma adalah elaun sara hidup RM 7,560/ RM 6,426, elaun buku RM 400, elaun alat perkakas RM 50 – RM 250, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian IPTA RM 966/ UiTM RM 400.

Secara amnya jumlah yang akan diterima untuk setiap tahun bagi pengajian peringkat Ijazah adalah elaun sara hidup RM 8,400/ RM 7,140, elaun buku RM 600/ RM 1,000, elaun alat perkakas RM 100 – RM 500, elaun kertas projek RM 150 dan yuran pengajian RM 1,100 – RM 1,800. Di samping itu terdapat juga elaun tesis RM 300 untuk sekali sahaja dan elaun latihan amali RM 10 sehari.

Rujuk Jadual Kadar Biasiswa untuk lebih lanjut.

Yuran pengajian bagi IPTS pula adalah bergantung kepada amaun tuntutan oleh IPTS berkenaan. Tambang kapal terbang dua hala antara Semenanjung, Labuan, Sabah dan Sarawak juga diberi di antara RM 100 – RM 1,000 bergantung kepada lokasi rumah calon dan universiti.

Tempoh Kontrak

Tempoh perlu berkhidmat dengan kerajaan selepas tamat pengajian dengan jayanya bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

Peringkat Diploma

  • Tempoh Pengajian 3 tahun atau kurang : 3 – 5 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 3 tahun : 4 – 6 tahun

Peringkat Ijazah

  • Tempoh Pengajian 4 tahun atau kurang : 4 – 6 tahun
  • Tempoh Pengajian lebih 4 tahun : 5 – 7 tahun
  • Kursus Perubatan dan Pergigian : 10 tahun

Pembayaran ganti rugi perlu dijelaskan jika enggan berkhidmat dengan kerajaan. Jumlah ganti rugi tersebut bergantung kepada tempoh masa dan pengajian yang diikuti. Secara amnya;

  1. Peringkat Diploma di antara RM 70,000 – RM 100,000.
  2. Peringkat Ijazah di antara RM 110,000 – RM 250,000.

Walaupun begitu mereka yang belajar di IPTS perlu membayar ganti rugi kos yang sebenar.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat di atas talian (on-line) sahaja secara percuma. Cara memohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon boleh mengemukakan permohonan dengan melayari http://esilav2.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my atau terus saja ke Permohonan Program Ijazah Dalam Negara 2011 (PIDN);
  2. Pemohon dibenarkan menghantar satu permohonan sahaja tetapi dibenarkan mengakses sebanyak 3 kali untuk mengemaskini atau meminda sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya permohonan yang terkini sahaja diambil kira sebagai penerimaan permohonan;
  3. Borang permohonan atas talian yang dimuat turun, dicetak dan dihantar melalui pos tidak akan diproses;
  4. Permohonan secara atas talian tidak memerlukan penghantaran salinan sijil-sijil, kecuali dinyatakan dalam “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011”;
  5. Pemohon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak “Slip Pengesahan Permohonan Biasiswa JPA Tahun 2011” sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan Biasiswa JPA PIDN 2010 ini ialah pada 7 Ogos 2011 (Ahad). Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan Permohonan Biasiswa JPA 2011

Keputusan permohonan Biasiswa JPA PIDN 2011 ini dijangka akan diumumkan pada 23 September 2011 di portal JPA, eSiLa.

Maklumat Lanjut dan Berkaitan

Comments

120 responses to “Tawaran Biasiswa JPA Program Ijazah Dalam Negara Sesi 2011/2012”

  1. farhan Avatar

    salam beliaumuda…
    sy merupakan pelajar di uitm…
    sy nak tanya…
    boleh tak kalau sy membuat permohonan biasiswa JPA (pertengahan tahun nie) menggunakan keputusan semester yg lepas? harap dpt bantu sy…terima kasih

    1. mizie Avatar
      mizie

      @farhan, boleh saja nk mohon, tp bukan result semester lepas yg akan dilihat rasanya, CGPA keseluruhan semester sehingga sekarang..

  2. zulhisham Avatar
    zulhisham

    boleh sy tau bila duit jpa akn masuk utk semester 2 sesi 2011/2012?

    1. beliamuda Avatar

      @zulhisham, saya pun tidak tahu jugak. Tempat yang tepat untuk bertanya ialah di kaunter biasiswa JPA.

  3. Leyaa Avatar
    Leyaa

    Salam. Kalau camtu potential utk dapat balik berapa % ?? Hehe takde pengecualian ke? Mane tau dapat proceed terus. Hehe. And one more thing. Bila boleh apply biasiswa tu balik ye????

    1. mizie Avatar
      mizie

      biasiswa jpa ni mohon bulan 7 atau 8 camtu kalau tak silap… x akan proceed setahu saya, tapi tanya la kalau nk kepastian, mana tahu boleh

      1. beliamuda Avatar

        @mizie, ya, sebetulnya memang macam tu.

    2. beliamuda Avatar

      @Leyaa, Wasalam. Saya tidak faham mengenai peluang dapat balik tu. Biasanya bulan Julai/Ogos.

  4. asyraf Avatar
    asyraf

    bila duit semester ni nak masuk ? MAC 2012 semester baru UiTM bermula… yuran pn tak settle gi nih

    1. beliamuda Avatar

      @asyraf, harap pihak JPA dapat menjawab isu ini.

  5. nurul fatin Avatar
    nurul fatin

    salam,, boleh tanya?? betul ke kalau kita ambil ijazah perubatan di dalam negara bagi lepasan asasi diberi biasiswa scara automatik oleh JPA??? xperlu memohon langsung ke??

  6. fina Avatar

    Assalamualaikum…sye nk tye….sye ade bace syarat diatas…permohonan melalui talian tidak memerlukan kite manghantar dokumen sokongan…sekiranya perlu….dokumen ape yg perlu dikirimkan n di alamat mana ye 🙂

    1. beliamuda Avatar

      @fina, Waalaikumussalam, sepatutnya dalam permohonan melalui talian tu akan tulis alamat ke mana untuk dihantar.

      1. fina Avatar

        ohh trima kasih :)….
        erm…nk tye lagi…nk mohon biasiswa ni kan tempoh dlm masa seminggu je…itu termasuk masa penghantaran dokumen ke?

        1. beliamuda Avatar

          @fina, Biasanya ada tempoh lanjutan untuk hantar dokumen. Tapi tu bergantung pada keadaan semasa la.

  7. ayu Avatar
    ayu

    assalam..bila lak schorlarship jpa akn kua ea? sy asyik terlepas due date je..camne nk follow up scholarship ape2 je laa..:) tq

    1. beliamuda Avatar

      @ayu, Wasalam. Biasanya dalam bulan Julai/Ogos. Boleh ikuti perkembangan semasa untuk tahu.

      1. fina Avatar

        boleh sy tahu… tawaran jpa da tutup ke :(… kami xdpt ape2 maklumat… sy check laman web pn xde pape berita…huhu 🙁

  8. chin Avatar
    chin

    saya pemegang JPA dan sedang buat internship untuk 3 bulan. macammana saya apply elaun untuk latihan industri ini?terima kasih.

    1. beliamuda Avatar

      Pertanyaan boleh diajukan terus kepada pihak JPA untuk maklumat lanjut.

  9. Nizul Zaim Avatar
    Nizul Zaim

    saya belajar di peringkat diploma dan sekarang dah masuk sem 3.. boleh x saya apply jpa menggunakan cgpa sy.. thanks..

    1. beliamuda Avatar

      Bergantung kepada tawaran biasiswa semasa JPA.

  10. Aisyah Avatar
    Aisyah

    bila pulak permohonan bg tahun 2012 ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge