Salam sejahtera buat semua.
Para pelajar lepasan STPM, STAM, Matrikulasi, Asasi, Diploma dan yang setaraf dengannya yang ada membuat permohonan UPU kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi 2011/2012 boleh membuat semakan keputusan permohonan mereka mulai hari ini, 15 Julai 2011 bermula pukul 12.00 tengahari.
Cara Semakan Keputusan Kemasukan IPTA 2011 Secara Online dan Melalui SMS
Semakan keputusan permohonan kemasukan ke IPTA sesi 2011/2012 ini boleh dibuat melalui;
-
Menghubungi talian 03 8883 5848 atau 03 8883 5858
-
Di laman web berikut:
-
Secara SMS dengan menaip UPU RESULT (nombor kad pengenalan) dan hantar ke 15888
Penawaran Kemasukan ke IPTA Sesi 2011/2012
Semua calon yang berjaya wajib membuat pengesahan setuju untuk menerima tawaran dari IPTA dalam tempoh tujuh hari.
Pengesahan penerimaan tawaran ini boleh dibuat melalui laman web IPTA yang berkenaan seperti yang dinyatakan di keputusan permohonan.
Permohonan Rayuan Kemasukan ke IPTA Sesi 2011/2012
Sila buat rayuan di Permohonan e-Rayuan Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2011/2012.
Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi permohonan kemasukan ke IPTA diumumkan.
Maklumat Tambahan dan Pertanyaan
Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dikemukakan kepada pihak UPU di talian 03 8883 5858 atau 03 8883 5848 atau 03-8883 5801/5802 atau faks 03 8889 4260 atau e-mel: upu@mohe.gov.my
Diolah semula daripada ePutra.
Leave a Reply