Hiasi Harimu Dengan Kecerian dan Senyuman

Salam sejahtera buat semua.

senyuman manis

Siapa yang tidak suka dengan senyuman? Walaupun kita selalu menghukum orang yang selalu senyum berseorangan itu gila, namun semua orang sukakannya. Suka dengan senyuman yang manis.

Dengan senyuman, kita mampu menjadikan hari-hari yang kita lalui penuh keceriaan dan menghidupkan suasana di sekeliling kita. Semua perkara dihadapi dengan positif dan sekuntum senyuman mengiringi.

Kebanyakan rakan yang mengenali saya mengatakan saya sentiasa kelihatan ceria dan selalu tersenyum, namun tambah mereka lagi manusia yang begini jarang diketahui emosi mereka yang sebenarnya.

Sering dikatakan orang yang selalu tersenyum (atau jarang marah-marah), apabila mereka marah akan betul-betul menjadi sangat marah. Seperti sebuah gunung berapi meletus dan meluahkan segala isinya. Kebenarannya, itu bergantung kepada individu tersebut.

Bagi saya, memang dalam banyak keadaan apabila saya marah, perasaan marah itu akan betul-betul keluar. Marah yang amat. Mungkin itu salah satu cara segala beban dan stres yang ditanggung dilepaskan semua sekali.

Anda pula bagaimana?

Kesimpulannya, kita tidak patut lokek dengan senyuman. Sentiasa tersenyum, kerana sekuntum senyuman itu mampu menceriakan seseorang yang lain.

beliamuda: Kepada yang masih mampu tersenyum dalam kesakitan, anda memang tabah. Tahniah!

Comments

4 responses to “Hiasi Harimu Dengan Kecerian dan Senyuman”

  1. Wan Perlis Avatar

    senyum juga sedekah
    senyum lah kerana tak rugi dan tak kena bayar pun
    sebab tu aku pun suka senyum

    1. beliamuda Avatar

      @Wan Perlis, jom kita pakat senyum sentiasa. 🙂

  2. ikin Avatar

    senyum seindah suria 😀

    Nabi pun pernah bersabda, “berhati-hatilah dengan orang yang tak pernah marah”…

    smile always, incik BM~

    1. beliamuda Avatar

      @ikin, yeah, senyum selalu. Ikin pun selalulah senyum ya. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge