Iklan Raya PETRONAS 2010 – Antara Dua Kampung

Salam sejahtera buat semua.

iklan-raya-petronas-2010

Akhirnya, keluar jugak Iklan Raya PETRONAS untuk tahun ni. Dah tengok iklan raya terbaru daripada PETRONAS kali ni? Jom tengok video tersebut di bawah.

Amacam? Rasa lain sekali iklan raya PETRONAS untuk kali ni. Dengan menggunakan stail klasik hitam putih ala-ala filem P.Ramlee (pelakon lelaki tu pun iras-iras macam P.Ramlee), iklan kali ni nampak lebih enjoy berbanding iklan-iklan tahun sebelumnya yang lebih perlahan dan emosional.

petronas-raya-tvc

Dengan tajuk “Antara Dua Kampung”, iklan raya PETRONAS 2010 90 saat ini menampilkan sepasang suami isteri yang berada dalam konflik ke mana untuk merayakan Aidil Fitri, dengan pengakhiran yang melucukan tapi sarat dengan mesej bahawa tidak terlalu penting di mana Hari Raya dirayakan selagi keluarga tetap bersama dalam semangat kepedulian, bertolak ansur dan saling memahami.

beliamuda: Pernah tengok orang angkat rumah tak?

Comments

18 responses to “Iklan Raya PETRONAS 2010 – Antara Dua Kampung”

  1. Mohlensa Avatar

    NICE!

    Lame x tgk tv.
    Tak sabar nak tgk iklan raya balik rumah kang.
    XD

  2. razis Avatar

    sangat klasik iklan ini. syok layannnn

  3. Wan Avatar

    hahaha memang layan, klasik
    iklan raya tv3 cam krismas tu mmg bangang
    hangpa tau kan

  4. Motivasi Kerja Avatar

    Tak sempat tengok lagi di TV. Thanks kerana share kat blog

  5. Ayie Avatar

    Haaa… iklan macam ni la baru terbaik. Bukan iklan krismas tu.. wahahahah

  6. hasrulhassan Avatar

    Hmm iklan kali ni memang nostalgik .. jangan macam iklan TV3 yang buat mcm iklan krismas .. aduhai ..

    leh tengok kat http://hasrulhassan.blogspot.com/2010/09/iklan-raya-aidil-fitri-tv3-pelik.html

  7. kuyam Avatar

    iklan petronas mmg terbaik sokmo! 😀

  8. […] nak dengar lagu raya… + jom layan iklan raya petronas… innity_pub = "59c33016884a62116be975a9bb8257e3"; innity_cat = "MALAY"; innity_zone = […]

  9. Yiedpozi Avatar

    iklan petronas memang terbaik r…. aku suka iklan Petronas pada tahun 2007 tu….

  10. kuey teow goreng RM2 Avatar
    kuey teow goreng RM2

    pelakon lelaki iklan petronas ni anak arwah Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee eh kawan-kawan?
    huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge