Mesej Kepada Mohd Khairuddin (Tersurat)

Salam sejahtera buat semua.

Video ketiga Mama Mohd Khairuddin telah disiarkan. Dengan tersiarnya video ketiga ni, ada satu persamaan dapat dikesan dalam video ini.

Sebelum itu, anda disarankan untuk menonton terlebih dahulu kedua-dua video terawal oleh Mama Mohd Khairuddin.

Video Pertama Mama Mohd Khairuddin

Video Kedua Mama Mohd Khairuddin

Video ketiga ini disiarkan dengan tajuk “A Message for Mohd Khairuddin”. Dalam ketiga-tiga video ini, ada satu mesej yang disampaikan secara pesanan oleh Mama kepada Mohd Khairuddin. Anda tahu apakah mesej itu? Tonton dahulu video ketiga ini dibawah.

Seperti yang diperkatakan dalam ulasan di video kedua, video ini pastinya satu promosi komersil (atau mungkin kempen kesedaran). Dalam ketiga-tiga video, Mama Mohd Khairuddin ada menyebut tentang perbelanjaan.

Mama ada memberi pesan supaya Mohd Khairuddin lebih berjimat dalam berbelanja kerana itu adalah salah satu kelemahannya (rujuk video kedua).

Jadi, saya jangkakan ini adalah video berkenaan kempen menabung atau yang berkaitan dengan kesedaran dalam berjimat cermat yang ditujukan khas kepada para remaja dan belia. Anda rasa bagaimana?

beliamuda: Tak sabar nak tunggu video keempat. Mungkin mesej sebenar akan terpapar dalam video seterusnya.

Comments

22 responses to “Mesej Kepada Mohd Khairuddin (Tersurat)”

  1. DaHLia Avatar

    sis dah reveal pasal VIdeo ni di blog 🙂
    Memang promosi Komersial…
    skrg ni lak ada Video balasan… jemputlah dtg tengok 🙂

  2. Ini-suma-nonsense Avatar
    Ini-suma-nonsense

    sya berpendapat yang makcik ini mumpunyai semacam tekanan gitu..anda boleh dapati dengan merenung tepat pada mata dan juga memerhati tingkahlakunya yg menjengkelkan itu.Mungkin juga ngan cara begini beliau bole mningkatkan lagi populariti beliau sehingga ke kaca tv….

    1. Pisyek Avatar

      @Ini-suma-nonsense, boleh batal puasa kalau tgk lama-lama time puasa… hehe..

  3. zik Avatar

    erm pasal credit card… pastu ada contest nya sekali tuh…

  4. naz Avatar

    HAHA. promo prepaid card. dah agak. baguih. confirm mmg successful kempen viral marketing diorang, siap dapat free virology dari blogger blogger malaysia lagi tu. HAHA. kalau selalu baca mashable, mmg perasan byk company oversea bwat advert mcm ni kat youtube.

    1. beliamuda Avatar

      @naz, setuju. stail iklan yang menarik. siap dapat promo free daripada blogger lagi kan…

  5. Pisyek Avatar

    halamak, jelez gile~ mmg fofular la mak encik nih.. 😛

  6. kelhome Avatar

    memang bijak betul mereka punya marketing..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge