Filem Merdeka – Bukit Kepong (1981)

Salam sejahtera buat semua.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.

Saksikan filem Bukit Kepong (ada 11 bahagian semuanya) yang diarahkan oleh Datuk Jins Shamsuddin. Filem ini dibintangi oleh Jins Shamsudin,A. Rahim, Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, Dali Abdullah, Samsudin Baslah dan ramai lagi.

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Bahagian 5

Bahagian 6

Bahagian 7

Bahagian 8

Bahagian 9

Bahagian 10

Bahagian 11

Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Baca lebih lanjut tentang Peristiwa Bukit Kepong.

beliamuda: Meremang juga bulu roma apabila membaca dan melihat kisah perjuangan perajurit negara kita.

Comments

7 responses to “Filem Merdeka – Bukit Kepong (1981)”

  1. kuyam Avatar

    nk tgk satu2 tp tenet lmbat gila..spoil mood patriotik.aiseh 🙁

  2. Yiedpozi Avatar

    Yied dah pernah tengok citer neh kat dalam Astro.

  3. x-po Avatar

    memang terbaik cite ni

  4. naz Avatar

    ohohoho, nice! tak sangka set lengkap movie ni ada dalam youtiup

  5. Mohor Maju Avatar

    Suka tengok cite ni sejak dari kecil..tiba2 terus keluar semangat patrotik tu..

  6. zik Avatar

    nostalgia… jin samsudin… tuh…

  7. Adam Roslan Avatar

    Anak muda kena kaji balik apa pejuang terdahulu dah buat untuk pertahan tanah air. Ayat klise, mereka senang terpengaruh dengan budaya barat. Kat mana kita nak tengok semangat berkorban apa saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge