(Video) Parodi Kebocoran Minyak BP

Salam sejahtera buat semua.

BP Oil Logo

Sehingga ke hari ini, masalah kebocoran minyak yang terjadi selepas letupan loji minyak Deepwater Horizon masih lagi belum diselesaikan sepenuhnya. Minyak masih lagi keluar mengalir daripada telaga minyak yang tidak dapat ditutup.

Tumpahan minyak dikatakan sebagai tumpahan minyak paling besar dalam sejarah dengan kerugian yang semakin meningkat saban hari. Sebahagian besar kerugian ini meliputi kos yang perlu ditanggung akibat daripada kesan tumpahan ini (kos yang lebih tinggi daripada kehilangan minyak itu sendiri).

Video ini secara sinikal menyindir pihak BP yang dilihat terlalu bodoh dalam mengambil tindakan dan lambat bertindak.

Mula-mula nak tahan minyak daripada merebak. Lepas tu ada idea baik punya masa salah seorang tu ambil kertas. Ingatkan nak guna kertas untuk serap tumpahan kopi, tapi rupa-rupanya dia guna kertas tu untuk drafkan idea dia. Macam bangang la pulak.

Lepas tu ada lagi kopi yang tumpah yang menjadikan keadaan lebih panik. Tengok sahajalah video parodi ini sebagai jenaka sindiran untuk pihak BP.

beliamuda: Memang keadaan sebenar jauh lebih sukar untuk ditangani, tapi masalah yang begitu lama berlarutan telah memburukkan lagi keadaan.

One thought on “(Video) Parodi Kebocoran Minyak BP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge