Tarikh Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2010/2011

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan bagi Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) dibuka pada 3 Julai 2010 sehingga 16 Julai 2010. Saudara adalah dialu-alukan untuk mengemukakan permohonan secara atas talian (on-line) sekiranya melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Untuk makluman saudara, permohonan bagi program ini hanya dibuka kepada pelajar yang telah ditawarkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan tiga buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) iaitu MMU (Universiti Multimedia), UTP (Universiti Teknologi Petronas) dan UNITEN (Universiti Tenaga Nasional) sahaja.

Syarat-syarat permohonan biasiswa tahun 2010 ini hendaklah dirujuk kepada iklan yang bakal dikeluarkan oleh Jabatan ini di akhbar-akhbar utama tempatan kelak.

Dipetik daripada eSila JPA.

beliamuda: Seperti yang telah dijangkakan, permohonan PIDN akan dibuka mulai esok. Maklumat penuh akan dimasukkan esok.

39 thoughts on “Tarikh Permohonan Biasiswa JPA Pengajian Dalam Negara Sesi 2010/2011

  1. bila gaknye tarikh biasiswa tersebut akan diedarkan kepada pelajar???bcoz da nak msuk sem 2..kami pelajar jadi runsing apabila biasiswa lambat msuk lbih2 lagi kami mkin ksempitan wang…

  2. alamak..terlepas this year pnya scholarship! 🙁
    next tarikh permohonan bila ye beliamuda?for tahun2011..saya nak prepare awal2…mintak2 la DL lagi sem2 ni…

    • @rara muhd, next year tu lebih kurang tarikh yang sama untuk tahun ni. tapi hampir setahun gak la kena tunggu. alert dengan tawaran2 lain jugak k.

  3. salam..course sy Pengajian Bahasa Inggeris kat UIA( bukan TESL).
    adakah kos sy layak mohon biasiswa jpa?

      • @beliamuda,

        sy dah tengok
        dalam syarat jpa tu, die cume ada nyatakan SASTERA je.
        konpius2
        adekah pengajian bahasa inggeris termasuk dlam sastera

        • @mat, dasar tajaan JPA sebenarnya lebih tumpu kepada bidang2 kritikal. Kemungkinan ditulis sastera itu telah merangkumi semua bidang berkaitan dan ini juga bermakna persaingan untuk mendapat tajaan dalam bidang sastera adalah lebih payah. Anda boleh cuba apabila tajaan dibuka semula.

  4. salam..

    saya tidak memohon JPA selepas keluar result SPM 2009. sekarang saya belajar di asasi UIA. saya ingin memohon biasiswa dari JPA. bagaimanakah caranya ? adakah saya layak ?

    diharap dapat membantu saya. terima kasih..

  5. pertanyaan : adakah pelajar yg ibu bapanya berstatus ‘permastautin tetap’ boleh memohon biasiswa ni ??? -tq-

  6. salam.. saye nk tanye, JPA ade wat penajaan pengajian bg peringkat sarjana x?? utk pelajar master
    terima kaseh..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge