Salam sejahtera buat semua.

Semasa saya ke cyber cafe di Kulim Avenue pada minggu lalu, saya dapati CC tersebut dipenuhi dengan pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (Poli Kulim) yang sibuk dengan urusan permohonan PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Dengan jumlah permohonan yang begitu banyak, pastinya banyak juga pertanyaan yang bakal timbul daripada kalangan pemohon. Untuk memudahkan urusan menjawab persoalan yang timbul itu, pelbagai saluran telah disediakan oleh pihak PTPTN untuk menyampaikan maklumat mengenai perkhidmatan yang mereka sediakan.
Di antara saluran yang disediakan adalah;
- Laman web http://www.ptptn.gov.my
- Pusat Panggilan 03 2092 7788
- Ruangan e-forun PTPTN
- Perkhidmatan SMS
- Kaunter One Stop Centre di KL Sentral
- Kaunter Info Centre di Sabah dan Sarawak
Memandangkan jumlah panggilan akan meningkat pada sesi kemasukan pelajar pada awal Julai dan Disember setiap tahun, pihak PTPTN telah menyediakan perkhidmatan tambahan Call Centre 03 2092 7788. Perkhidmatan tambahan Call Centre ini akan beroperasi mulai pukul 8.00 pagi sehingga 12.00 malam setiap hari bekerja mulai 21 Jun 2010 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kemudian.
Di samping itu talian tambahan khas juga akan disediakan pada dua hari sebelum tarikh tutup setiap permohonan. Tujuan talian tambahan ini adalah bagi membantu pelajar yang ingin membuat sebarang pertanyaan mengenai masalah pengisian permohonan secara atas talian sahaja. Talian tambahan ini boleh dihubungi dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 malam hari bekerja pada dua hari terakhir sebelum tarikh tutup permohonan.
Nombor Telefon Talian Tambahan PTPTN
| 03 2098 6405 | 03 2098 3793 | 03 2098 3825 | 03 2098 6416 |
| 03 2098 6407 | 03 2098 3805 | 03 2098 6564 | 03 2098 6417 |
| 03 2098 6412 | 03 2098 3808 | 03 2098 3940 | 03 2098 6463 |
| 03 2098 2005 | 03 2098 6252 | 03 2098 6588 | 03 2098 6563 |
| 03 2098 6409 | 03 2098 6403 | 03 2098 3909 | 03 2098 2141 |
| 03 2098 6408 | 03 2098 6544 | 03 2098 6558 | 03 2098 6575 |
| 03 2098 6734 | 03 2098 6554 | 03 2098 2023 | 03 2098 2019 |
Maklumat Lanjut
Para pemohon boleh merujuk Kenyataan Akhbar PTPTN untuk mendapatkan maklumat penuh.
Leave a Reply