Mama Mohd Khairuddin Kembali Lagi!

Salam sejahtera buat semua.

Masih ingat lagi dengan video Mama Mohd Khairuddin yang pernah disiarkan sebelum ni? Siapa sangka Mama Mohd Khairuddin kini kembali lagi. Dan kembalinya video ini sedikit sebanyak merungkai apakah motif disebalik video ini.

Apakah motif video ini? Pada asalnya, saya sangkakan ia cuma sekadar sebuah video jenaka, tapi dengan penyebaran video melalui pengiklanan, tentunya ia adalah sesuatu yang berlainan.

Sebelum itu, saksikan dulu video Mama Mohd Khairuddin kembali lagi! Anda juga boleh saksikan video tersebut di bawah.

Beberapa perkara lain yang menjadikan video ini sebuah video komersil adalah kerana kualiti video yang sangat baik, bukan seperti kualiti sebuah video yang diambil dengan menggunakan webcam biasa.

Tambahahan pula, kelihatan pengcahayaan lampu seperti berada dalam sebuah rakaman pada cermin mata yang dipakai Mama Mohd Khairuddin. Mama MK juga kelihatan seperti sedang membaca skrip pada suatu paparan skrin kerana matanya kelihatan tidak memandang terus kepada kamera.

Walauapapun, tujuan sebenar masih lagi belum diketahui, namun saya rasakan ia mungkin sebuah iklan berkaitan keluarga yang ditujukan kepada golongan belia dan muda.

beliamuda: Ramai yang pelik dengan vlog konon-konon dalam entri lepas. Pelik kerana audio kurang jelas. Sebenarnya, memang tiada percakapan pun dalam rakaman tu kecuali gelagat rakan-rakan yang sedang berjenaka dengan perlakuan fizikal. Akan kembali semula dengan vlog yang ada audio.

Comments

9 responses to “Mama Mohd Khairuddin Kembali Lagi!”

  1. serol Avatar

    still tak dpt nk loading video..so mmg tak tgk lagi video pasal mama mohd khairuddin ni lagi..tak tau certia..haih

    1. beliamuda Avatar

      @serol, nnt dah boleh loading, jangan lupa tengok. lawak jugak la.

  2. aizuddin Avatar

    aah..mungkin dia tengah baca skrip..mak pun dah main utube skang ni..

    1. beliamuda Avatar

      @aizuddin, tu la kan. aku pun rasa cam tu gak. apa pun, it’s one nice vid~

  3. kuyam Avatar

    ahahaha..bia betul

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, haha.. apa yang tak betulnya ni?

  4. faris Avatar

    motip video? konpius wa.. haha

    1. naz Avatar

      @faris, hehe, viral marketing beb. tggu nanti, ade la sesuatu yg di promosi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge