(Biasiswa MARA) Tajaan Hanya Untuk Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara

Salam sejahtera buat semua.

Perhatian kepada bakal pemohon biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau yang bercadang untuk mendapatkan tajaan daripada MARA, hari ini MARA mengeluarkan satu kenyataan penting berkaitan dengan penajaan pelajar di bawah program pembiayaan pendidikannya.

Di bawah ialah petikan daripada berita yang disiarkan dalam BERNAMA.

Mara Hanya Taja Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara

IPOH, 3 Jun (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (Mara) mulai tahun depan akan hanya menawarkan tajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian luar negara di universiti-universiti tersohor, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Mara akan memberi fokus tajaan kepada pelajar yang dapat tempat di universiti tersohor dan mempunyai reputasi baik seperti Cambridge, Harvard, Oxford, London School of Economics, Imperial College dan Monash University di Australia,” katanya.

Beliau berkata tajaan kepada penuntut yang melanjutkan pengajian di luar negara untuk pengajian ijazah pertama dan peringkat sarjana itu juga akan tertakluk kepada bidang tertentu yang kritikal seperti perubatan, patalogi dan bius.

Bercakap pada sidang akhbar selepas melawat Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Royal College of Medicine Perak di sini hari ini, beliau berkata dasar baru yang telah dipersetujui kerajaan itu akan membolehkan Mara mengutamakan tajaan untuk penuntut di universiti tempatan.

Mohd Shafie berkata pelaksanaan dasar baru itu akan membolehkan Mara memberi keutamaan menaja penuntut cemerlang di universiti tempatan dan sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan agensi berkenaan.

“Banyak universiti tempatan mempunyai kualiti dan kemudahan pembelajaran yang setanding dengan universiti-universiti luar negara,” katanya.

*****

Saya kira ini adalah satu berita baik untuk pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di dalam negara pada masa depan. Untuk tahun ini sahaja, dapat diperhatikan persaingan untuk mendapatkan tajaan semakin meningkat.

Tambahan pula, tajaan untuk pengajian di luar negara jauh lebih mahal berbanding pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara, sedangkan kualiti pengajian di IPT tidak kurang hebatnya.

Diharap, dengan dasar baru dalam penajaan dan pembiayaan pendidikan MARA ini akan membuka lebih banyak peluang kepada bakal penuntut di IPT pada masa depan. Buat masa ini, hanya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA sahaja yang mampu menaja pelajar dalam jumlah yang ramai.

beliamuda: Apa komen anda sebagai pelajar dan jika anda seorang peminjam atau ditaja MARA, adakah anda setuju dengan penukaran dasar ini?

Comments

38 responses to “(Biasiswa MARA) Tajaan Hanya Untuk Pelajar Ke Universiti Tersohor Luar Negara”

  1. amar haziq Avatar

    saya tak berpeluang untuk mendapat biasiswa MARA
    tapi Alhamdulillah
    biasiswa lain pula yang saya dapat

    jenguk2 lah blog saya k;)
    http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com
    .-= amar haziq´s last blog ..Rahsia atuk kekal sihat dalam usia 80an =-.

    1. ADIB Avatar

      @amar haziq,
      biasiswa ape koo dpt??

  2. Akuxpuashati Avatar
    Akuxpuashati

    ini dasar bodoh! berapa orang boleh dapat gi uni cam tu?? betul2 hancurkan harapan aku nak gi overseas, penat2 belajr xde fail, maintain cgpa tapi tak dapat overseas..takan nak harapkan PTPTN atau JPA??? ni la gune MARA satu kaum jer..
    aku xsetuju dasar ni, uni Malaysia bagus xbagus, pelajar jer tahu!

    1. beliamuda Avatar

      @Akuxpuashati, bagus tak bagus suatu uni tu bukan bergantung kepada negara, tapi turut bergantung kepada pelajar. Pelajar kita ni terlalu bodoh sombong duk kata belajar kat uni luar je bagus. Persepsi jangan sampai macam tu sekali. Kalau sendiri pun malas, tak guna juga.

      ps: saya pun seorang pelajar jugak…

  3. ecar182 Avatar

    emm,,mcm setuju p0n ada,, tengok la yg mana lagi ramai..sbb sy blaja msu ni p0n nak mintak MARA..kalau yg gi oversea bia lah yg pointer bagus and tgk u yg bt0l2 gah! 😉
    .-= ecar182´s last blog ..Jadual Perlawanan Piala Dunia 2010 😉 =-.

  4. Amanina Avatar

    yea, akhirnya rasmi jugak perkara ni.

    tak mampu nak bayangkan betapa padatnya universiti dalam negara nanti.

    emm, nak tanya. benda ni start untuk budak-budak spm 2010 ke?
    .-= Amanina´s last blog ..Upin Ipin – Asyiela Putri Menggantikan Nur Fathiah Diaz =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Amanina, kalau ikut statement tu, benda ni start tahun depan, maknanya segala kemasukan ke IPTA tahun depan layak rasanya.

      1. Amanina Avatar

        @beliamuda,
        kiranya, kalau budak under mara tgh buat persediaan takde effect apa2 kan? 🙂

        1. beliamuda Avatar

          @Amanina, takde rasanya. Biasanya perubahan dasar tidak melibatkan pelajar yang sedang ditaja, kecuali dalam keadaan tertentu.

  5. NHAR Avatar

    ok. tergamam seketika. tak tahu idea ni patut or not. sebab nak masuk universiti tersohor ni, sgt susah. very competitive. dah apply, kena tunggu untuk interview plak (untuk kursus perubatan di uk la). tu pun, ada je yg x dipanggil interview walaupun result dah bagus. lepas tu plak, kena tunggu jawapan dengan penuh sabar lagi. saya tajaan MARA. macam2 benda saya dah rasa sepanjang 3 tahun jadi anak MARA ni.

    1. beliamuda Avatar

      @NHAR, memang nak masuk uni tersohor tu sangat susah. rasanya memang MARA nak kurangkan tajaan ke luar negara. Kos tinggi sangat.

      1. nhar Avatar

        @beliamuda, atau dalam erti kata lain, mara dah x da duit dah. harap sgt jgnlah elaun nnt dipotong. susahla nanti.

        1. beliamuda Avatar

          @nhar, itu saya tak pasti. Kita tak boleh nak terus kepada konklusi tersebut hanya kerana suatu perubahan dasar macam ni.

  6. Nor Firdaus Yunus Avatar

    baru je aku nak apply master tahun depan kat obersea…kalau top uni susah le gamak nye huhu

    1. beliamuda Avatar

      @Nor Firdaus Yunus, apply je dulu, mungkin nanti akan ada tajaannya.

  7. yoy Avatar

    Malaysia semakin banyak perubahan dasar..
    apakah tanda2 itu?

    1. beliamuda Avatar

      @yoy, Tanda nak berubah?

  8. tajaanMARA Avatar
    tajaanMARA

    saya sokong..saya pelajar tajaan MARA selamat 4 tahun di local uni.dah habis pun..bagus pe cdangan ni..lagipun,local uni pun,xkurang hebatnyer if nak bandingkan dgn overseas uni..alhamdulillah..berjaya n dapat keje jgak..tajaan MARA kat uni saya mmg highly demand oleh employer..so,dah terbukti yg local uni pun bagus..saya rasa,yg xsetuju tu,maybe sbb diaorg xdpt rasa nak study oversea..xpe..nnti keje,apply tmpat yg bagus2,mn tau tmpat keje tu hantar training kat oversea @ kumpul duit time keje,pastu boleh la g oversea :)if yg betul2 layak,dont wori,mcmana dasar itu diubah,ada tetap layak kalu rezeki anda mmg dah tertlis olehNya..semoga semua kaum Bumiputera di Malaysia berjaya..InsayAllah..

    1. Fiyy Avatar
      Fiyy

      @tajaanMARA,
      Aiminn , semogaa mcm tu lh ..

  9. Apet Avatar
    Apet

    sye nak tnya..sye dah dpt tjaan MARA dan akan memulakan pengajian di INTEC shah alam pd bulan 7, American Degree Foundation Programmes(ADFP/ATU).Adakah dasar ini akan dimulakan dgn Batch sye…sdih sgt la klaw mcm tuh….

    1. beliamuda Avatar

      @Apet, rasanya tidak bermula dengan batch anda sebab anda dah berada dalam program tersebut. mungkin batch tahun depan baru bermula.

  10. MARIA Avatar
    MARIA

    salam..beliamuda…uni al-azhar tergolong dlm universti tersohor x??…lgi satu tahu x cara nak dpt bantuan kwngn untuk tahun prtma ijazah srjana muda perubatn n surgeri.

    1. beliamuda Avatar

      @MARIA, tak tahu JPA ada taja ke situ atau tak.

      1. Apple_da Avatar
        Apple_da

        @beliamuda, rasanya MARA da stat memulakan tajaan di Al-Azhar sebab senior ana da dapat tajaan da pon taun ini oleh MARA sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge