Month: April 2010

  • Warna-Warna Kehidupan

    Salam sejahtera buat semua.

    warna-warna pelangi

    Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu itu warna pelangi. Apa pula warna-warna kehidupan?

    Merah (warna kegemaran) melambangkan kekuatan dan kegagahan. Kalau tak, masakan jatuh gelaran Red Devil kepada Man U kan? (Amin sila hurai lebih lanjut).

    Terasa biru melambangkan perasaan yang haru biru << ada biru juga dalam tu.

    Hijau flora mendamaikan, sesegar hijaunya dedaunan.

    (more…)

  • Lakaran Kehidupan Wajah-Wajah Ceria

    Salam sejahtera buat semua.

    Gambar itu merekodkan seribu satu makna. Wajah keceriaan yang dipaparkan sungguh bermakna. Daripada gambar yang dirakam secara digital, ditukar menjadi lakaran kehidupan hitam putih, hadirnya makna tersendiri.

    Mengisi kebosanan studi dan saat-saat projek ETP hampir kemuncak, apa salahnya menajamkan lagi skil photoshop. Alang-alang mencuba skil baru, praktik sampai puas dulu la. 🙂

    Layan lakaran kehidupan di bawah yang mempunyai kisah tersendiri…

    (more…)

  • Nota Malam: (Bab 2) Kenangan dan Kenduri Kahwin

    Salam sejahtera buat semua.

    bising

    [Lagu tema: Saleem – Tinggal Kenangan]

    Kalau semalam hiruk-pikuk jadinya sebab bising, malam latarnya lebih sunyi. Sebenarnya semalam banyak sangat kereta dengan motor yang lalu-lalang di jalan kat depan rumah ni.

    Aku fikir, hari ini sunyi sebab tadi siang, banyak sangat aktiviti yang dilakukan manusia. Hari ini sahaja tiga tempat ada kenduri nikah kahwin.

    Kat sebelah rumah ni ada satu. Kahwin juga anak gadis jiran sebelah yang cun ni. Tinggal adik gadisnya yang seorang tu je la. Jauh lebih muda daripada aku ok.

    (more…)

  • Menjadi Poyo Dengan Kesatria Poyos

    Salam sejahtera buat semua.

    kesatria-poyos-1

    Adakah anda bosan? Tidak mempunyai teman untuk berbicara?

    Kalau dulu ON CINTA ke 33333. Tapi sekarang tidak perlu itu semua.

    Kerana apa? Kerana sekarang kita mempunyai sesautu yang lebih hebat dari itu.

    Perkenalkan teman baru untuk anda semua iaitu KESATRIA POYOS.