Tarikh Keputusan Rasmi SPM dan STAM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Setelah pelbagai spekulasi tentang tarikh keputusan SPM 2009 dan khabar angin keputusan SPM 2009, akhirnya pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2009 telah diumumkan. Turut diumumkan ialah tarikh pengumuman rasmi keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009.

Keputusan SPM dan STAM 2009 akan diumumkan pada hari khamis ini iaitu 11 Mac 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai pukul 10 pagi.

Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 165,853 calon menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara yang bermula pada 18 November hingga 16 Disember lepas.

Seramai 6,920 calon pula menduduki peperiksaan STAM di 98 buah pusat peperiksaan yang berlangsung dari 19 hingga 27 Oktober lepas.

Comments

54 responses to “Tarikh Keputusan Rasmi SPM dan STAM 2009”

  1. arnain Avatar

    Owh.. td kat tb3 pun ader gak.. Berserah jela…
    .-= arnain´s last blog ..NAK MENIPU MEMBER KORANG TAK? =-.

  2. ruliya Avatar
    ruliya

    fuh,,akhirnya tjwb jgk teka teki yg mhantui seme pljr spm 2009..ya allah,,berikan kjayaan kpada hambamu..jauhkan kami dri kkecewaan..amin ya rabbal alamin..

  3. kya Avatar
    kya

    budak plkn balik 10 mac

  4. missQILLA Avatar
    missQILLA

    semoge kite sume dpt rsult yg CEMERLANG okeh!!

  5. eziani Avatar

    good luck ea smua..
    wish my luck too okay!..

  6. ADLI ZULHILMI BIN MOHD RAFIQUE Avatar
    ADLI ZULHILMI BIN MOHD RAFIQUE

    Mati laa aku . PLKN xlama lagi . >.<
    Lepas result kuar , kena masuk lagi PLKN bulan 4 nanti !

  7. Wan Perlis Avatar

    wah tak lama lagi.
    mesti budak2 spm ni gementar.
    mengimbau kenangan menanti keputusan spm
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Lari Ikut Teman Lelaki – Berapa Harga Seorang Wanita? =-.

  8. imran Avatar

    Debaran semakin memuncak. Bukan pada calon sahaja, bahkan guru-guru yang terlibat 😀

  9. faiz Avatar
    faiz

    tes….result nk kuar da…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge