Ringkasan Keputusan SPM 2009

Salam sejahtera buat semua.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh kesemua pelajar lepasan SPM dan STAM 2009 tiba jua. Keputusan SPM dan STAM 2009 telah pun diumumkan pada hari ini (awal pagi tadi) dan saya jangka hampir kesemua pelajar terbabit telah mengetahui keputusan masing-masing. Tahniah buat yang berjaya dan teruskan perjalanan anda ke peringkat pengajian yang seterusnya.

Pada tahun ini, seramai 7,987 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memperoleh gred cemerlang (A+, A, dan/atau A-) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 6,277 pada 2008.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata daripada jumlah itu, seramai 214 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi penggredan baru yang mula diperkenalkan tahun lalu.

Turut diumumkan ialah pelajar terbaik bagi SPM 2009 iaitu Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan sebagai sekolah terbaik.

10 Pelajar Terbaik SPM 2009

  1. Gladys Tan Yee Kim (SMK Green Road Kuching, Sarawak)
  2. Grace Kiew Sze-Ern (SMK (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor)
  3. Khadijah Ahmad Jais (SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan)
  4. Akmal Hidayat Sabri (SMK Derma, Kangar, Perlis)
  5. Syamilah Mahali (Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan)
  6. Lee Wei Ling (SMK Taman Melawati, Selangor)
  7. Nur Syuhadah Muhamad (SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan)
  8. Lai Yin Kwin (SMK Tinggi Melaka, Melaka)
  9. Corinne Gunn Huey Min (SMK Taman Melawati, Selangor)
  10. Hu May Khei (SMK Convent, Taiping, Perak).

10 Sekolah Terbaik SPM 2009

  1. Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan
  2. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor
  3. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Kuala Lumpur
  4. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor
  5. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  6. SBPI Rawang, Selangor
  7. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  8. SBPI Temerloh, Pahang
  9. SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor
  10. Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Ringkasan ini dipetik daripada BERNAMA.

beliamuda: Buat yang tidak berjaya, hayati kata-kata yang dipetik daripada trek nombor tujuh lagu baru Saujana daripada album Nota Cinta yang bertajuk Patah Hati, “Patah hati, jangan terdampar sepi, jangan tersungkur mati. Patah hati, jangan leburkan mimpi, jangan memakan diri.

48 thoughts on “Ringkasan Keputusan SPM 2009

  1. mrsm
    1.taiping,1.05
    2.tun ghafar baba,1.20
    3.pengkalan cepa
    4.alor gajah
    5.langkawi..

    langkawi merosot..:)
    tu lah..
    hidup kna penuh dgn tawadduk..
    baru boleh berjaya..
    congrate to taiping n beloved TGB
    .-= ana´s last blog ..air mata seorang wanita =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge