Permohonan Biasiswa JPA & MARA Program Ijazah Luar Negara 2010 Bagi Lepasan SPM 2009
Salam sejahtera buat semua.
Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara tahun 2010.
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Tarikh tutup permohonan tajaan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 adalah 7 hari selepas permohonan dibuka.
Maklumat lanjut mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon boleh diperoleh dengan melayari laman web http://www.jpa.gov.my mulai tarikh iklan ini disiarkan. Calon hendaklah membaca dan memahami kesemua maklumat mengenai program / bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara memohon sebelum membuat permohonan.
Program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih di seluruh negara akan diadakan selama 5 hari mulai 22 sehingga 26 Mac 2010. Program ini diwajibkan kepada semua calon yang memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan JPA.
Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.jpa.gov.my :
-
Keputusan panggilan bagi mengikuti program Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor : 19 Mac 2010
-
Keputusan panggilan temuduga JPA : 29 Mac 2010
Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 5 hingga 8 April 2010. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk:
-
Membawa Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan; dan
-
Menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web http://www.jpa.gov.my mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.
Pelajar-pelajar yang memohon tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http:// www.mara.gov.my :
Keputusan panggilan dan maklumat temuduga MARA : 30 Mac 2010
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541 (2 talian). Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2009 diumumkan secara rasmi.
Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8316 4422, 03-8316 4435 dan 03-8316 4055. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai 29 Mac 2010 sehingga 9 April 2010.
Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2010@jpa.gov.my.
Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian 03-2691 5111 (sambungan 3620, 3625, 3623, 3629, 3627, 1173, 1166, 1172, 1109, 1131 dan 1142) pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.
Calon-calon hendaklah sentiasa melayari laman web http:// www.jpa.gov.my dan laman web http:// www.mara.gov.my dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2010.
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM




abg nipi,saya nak mohon fly oversea..macm mana yeaa.
~adik kesepian..haha
terry bogart´s last blog ..Lagu iNi, laGu aKu..
[Reply]
beliamuda Reply:
March 15th, 2010 at 6:12 PM
@terry bogart, adik, kalau nak fly oversea, boleh mohon tiket di AirAsia ataupun MAS. nnt boleh la fly oversea. melalui Selat Tebrau pun boleh.
~abang yang tak kesepian.
[Reply]
urmm..nk tanya pasal..
program pendedahan kerjaya seorang doktor..
hmm..
cm yg beliamuda nyatakan..sekiranya kita memohon untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di bawah tajaan jpa..kita perlu mengikuti program pendedahan kerjaya seorang doktor..
apa yg sy nk tahu..adakah jpa memanggil SEMUA yg memohon atau jpa memilih dari kalangan mereka yg memohon?!..
sekiranya kita x dipanggil..adakah ia bermakna kita x layak untuk mndapat tajaan jpa dalam bidang perubatan?!..
hmm..diharap belaimuda dapat mmbntu sy..sy kurang faham dengan program ini..klu beliamuda boleh mmberikan info yg lebih lanjut ttg program ini..sy amat menghargai nya..
terima kasih..sila respon dengan segera..
[Reply]
nonimes Reply:
March 15th, 2010 at 12:16 AM
@fat_tia, en.beliamuda saya tolong jawab boleh.? fattia,sekiranya kita tidak dipanggil,bermakna
kita tidak tersenarai untuk mendapat tajaan jpa dalam bidang perubatan.jpa hanya akan memilih dari
kalangan yang memohon bidang perubatan sahaja.
[Reply]
beliamuda Reply:
March 15th, 2010 at 5:11 PM
@nonimes, terima kasih kerana menjawab. saya sangat mengalu-alukan respon daripada pembaca yang lain.
[Reply]
thanx 4 de info..doakan sy ea..
[Reply]
beliamuda,
pidn (jpa) x buka lg/mmg xde?
[Reply]
beliamuda Reply:
March 19th, 2010 at 10:33 PM
@lol, tak bukak lagi.
[Reply]
slm beliamuda…
sy ad prob yg bsr sgt skang ni…
mulanya, sy apply medic dgn beberapa penaja tmasuk jpa..
setelah sy mengikuti program pendedahan kerjaya doktor yang diadakan oleh pihak jpa, sy sedar yg medic bkn bidang sy…
jd sy bminat utk further my study in sc actuary di luar negara… tp sy agak buntu mana nk apply scholar utk bidang ni memandangkan kebanyakan permohonan dah tutup..
hope dat u cn help… thx
[Reply]
beliamuda Reply:
March 28th, 2010 at 9:50 AM
@aireen, kalau betul anda nak pursue sc actuary di luar negara, anda boleh teruskan hajat anda. tapi better ambil asasi atau matrik dahulu atau A-Level sebelum menyambung ke sc actuary. lepas tu barulah memohon semula untuk biasiswa. ada je biasiswa yang ditawarkan untuk mereka yang dah melanjutkan pelajaran…
[Reply]
aireen Reply:
March 28th, 2010 at 12:51 PM
@beliamuda, kiranya sy kena bt asasi dgn biayaan sendiri ke mcm mane?
lg satu, nape lg baik buat asasi, matrik or a-level dulu??
biasa ny program ni amik masa brape thun?
[Reply]
beliamuda Reply:
March 28th, 2010 at 1:54 PM
@aireen, setahu saya, anda tidak diterima untuk terus ke bidang sc actuary hanya dengan result SPM. Even yang dapat biasiswa sekarang bukan terus ke situ. Mereka akan ambil A-Level dulu (atau persediaan) untuk tengok sama ada mereka betul2 layak atau tidak.
[Reply]
aireen Reply:
March 28th, 2010 at 1:57 PM
@beliamuda, jadi, lau sy nk amik sc actuary kt uni nti, sy kena amik aliran ape eh masa kt pringkat persediaan ni dl?
[Reply]
must92 Reply:
March 28th, 2010 at 2:37 PM
@aireen, boleh tnya,,kenapa lpas progrm pendedahan kerjaya seorang doktor 2,,awak tak nak jd doktor pulaak??harap boleh kongsi,sbb sya pon ada minat yg sama. jd,sy pon nk tahu apa masalahnya
[Reply]
must92..
act sy minat sumer sal2 human biology ni.. tp sy tgk cr kerja doktor yg bz tu cam x seswai je ngan personaliti sy.. sal blood n body tu sy xde masalah lgsg malah benda tu sgt menarik bg sy.. tp tu la psl.. sy rs sy xley cope ngan doc lifestyle
so, sy nk amik sc actuary sbb sy pn minat sgt ngn math n +math.. plus, job market actuarist ni agk laku gak la skang ni
awk ni act minat pe? medic ke actuary??
[Reply]
salam,bley tahu x pmohonan tok pidn tu bkak ble?
[Reply]
beliamuda Reply:
April 4th, 2010 at 7:31 PM
@nurul, maybe around mid Jun. (depend)
[Reply]
dah terlepas nk isi …da g x nk apply mna2…
[Reply]
salam.. nak tanyer.. surat tawaran ke ipta untuk lepasan asasi akan dihantar bila yer?? bila kita nak tahu kita berjaya ke ipta mane?? trima kasih~
[Reply]
beliamuda Reply:
April 25th, 2010 at 11:17 AM
@biela, keputusan tu akan keluar Mei nanti.
[Reply]
bila akan keputusan PILN 2010 diumumkan?…saya nak tau tarikh yg konfem..xP
banyak pandangan mengatakan minggu ni la..minggu ke-3 mei la…12 mei la…pelik…==”
[Reply]
beliamuda Reply:
May 9th, 2010 at 11:50 AM
@kk, konfemnya minggu ke-3.
[Reply]
salam..
saya pon nk tau bila result PILN 2010 ni keluar?
and nk tnye knapa ade sesetngah pelajar yg dah dpt jawapan & stgh belum?
cthnye mcm pelajar ke jepun & US dah pun dpt panggilan dari JPA.
keputusannya mmg diberitahu secara terus kpd individu atau diumumkan serentak secara rasmi?
thanks..
[Reply]
kk Reply:
May 1st, 2010 at 8:10 AM
@ash, some of my frens pun kata dah ade yg dapat call drpd jpa….tapi esila telah mengatakan bahawa keputusan diumumkan pada minggu ke-3 mei, rasenyer semua la kut…yg dapat call tuh mungkin utk program jepun, german perancis la sebab dieorg kena pergi ke situ lebih awal..keputusan akan diumumkan serentak online, so check la masa tuh =)
[Reply]
beliamuda Reply:
May 9th, 2010 at 11:39 AM
@ash, minggu 3 Mei.
[Reply]
when gonna be jpa oversea result?? i’m waiting wit my pounding heart..plz tell me early coz i dunno whether further studies to UIA or maybe JPA..
[Reply]
beliamuda Reply:
May 9th, 2010 at 10:35 AM
@anis, Keputusan permohonan Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 akan diumumkan pada minggu ke-3 bulan Mei 2010.
[Reply]
slm jpa atau mara ada x menyediakan bisiswa untok buat master kat oversea….klu ada camner yaa nak reply…
[Reply]
beliamuda Reply:
May 9th, 2010 at 10:29 AM
@khairun naziha, untuk master ni, saya kurang pasti. yang terbaik, hubungi pihak berkaitan.
[Reply]
salam..nak tnya sbb konfius sgt..saya lepasan asasi UIA dan akan masuk ke UIA kuantan 6hb julai nih..bolehke saya apply biasiswa JPA nih..Yg saya jmpa kbnyakannya biasiswa utk lpsan SPM la, yg utk luar negara laa..saya ambik biosains semasa kata asasi dan ngat nak ambik biomedical science kat Kuantan nanti..pointer saya kat asasi ni 3.2 ja..kalau boleh, tlg bgi link yg latest ke JPA supaya saya boleh paham keadaan saya..
[Reply]
beliamuda Reply:
May 9th, 2010 at 10:25 AM
@ahmad sufi, biasiswa untuk dalam negara masih belum dibuka dan ianya tidak terhad kepada lepasan SPM sahaja. tapi kena tgk syarat2 dalam tawaran tu jugak la.
[Reply]
ahmad sufi Reply:
May 10th, 2010 at 7:24 PM
@beliamuda, trima kasih ats info tu.. saya ingt ke saya dh tlpas dh utk mmohon..kalau dh dbuka, tolong informkan saya, xpon attach link2 yg brkenaan..trima kasih skali lgi.
[Reply]
beliamuda Reply:
May 10th, 2010 at 8:27 PM
@ahmad sufi, boleh je. lebih senang kalau subscribe terus blog ni via emel. nanti akan masuk dalam inbox terus.
[Reply]
keputusan akan diumumkan pada 12 mei kalau tak silap…
PILN utk middle east, france, japan, german telah diumumkan… yang lain tuh macam biasa la tunggu je…
[Reply]
beliamuda Reply:
May 10th, 2010 at 9:05 PM
@kk, terima kasih atas info. kalau betul umum 12hb, maknanya dah lama la ni…
[Reply]
asasi sains hayat um,, ok tak
[Reply]
slm.. mcm mana nak semak keputusan PILN 2010? Dlm lmn web jpa, dah dinyatakan yang keputusan akan keluar pada minggu ke-3 bulan Mei.. saya sudah cuba buka tapi x ade lagi laa.. macam mana tu? saya betul2 nak tahu sama ada saya dpt tajaan jpa @ x ..
[Reply]
kengkawan,, saper2 yg bley tlong camner nak chech schoalr mara ek,,, cuak dan ney
[Reply]
eein:
result mara xkua lg..
owg mara ckp dlm mggu ni
mgkn sme ngn jpa 21/5..
klu nk check, check kt laman web mara..
[Reply]
untuk lepasan asasi..bley x nak mohon lanjutkan pelajaran ke luar negara??
[Reply]
beliamuda Reply:
June 4th, 2010 at 8:00 AM
@budak comey, saya tak pasti ada ke tak biasiswa daripada MARA atau JPA yang memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara bagi lepasan asasi.
[Reply]
salam…
sy nk tnye psl permohonan biasiswa..sy bru lepasan diploma di IPTA…mse prmohonan biasiswa di buka, sy tak dpt lg twrn smbung blaja sbb mmg untuk diploma result akn kuwa lmbt…..skrg kputusan twrn blaja da kuar n alhamdulillah sy dapat…di sini sy nk tnye, ade ke x lg tawaran biasiswa dr mne2 syarikat atau company untuk permohonan seperti sy…
terimakasih..
[Reply]
beliamuda Reply:
June 27th, 2010 at 7:39 AM
@fatimahalzahra, pasal biasiswa dari company tu, saya tidak tumpu sangat pasal hal tu. kalau nak tunggu biasiswa JPA dalam negara, dalam masa terdekat ni akan diumumkan.
[Reply]
fatimahlalzahra Reply:
June 27th, 2010 at 10:42 AM
@beliamuda, oooo….mcm tue plak..nk tnye lg..kalu lepasan diploma, ble x nk mtk permohonan ke luar negara tuk further study??ke luar ngra juz tuk lepasan spm??
[Reply]
beliamuda Reply:
June 27th, 2010 at 10:50 AM
@fatimahlalzahra, setakat yang saya tahu, penajaan ke luar negara oleh JPA hanya ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM.
[Reply]
spm 09….
saya sekarang blaja kat asasi 2010…
saya dah terima biasiswa jpa untuk blaja kat asasi..(elaun kementerian pon ad kan tapi saya amik jpa)
so ap procedurenye ye…
surat pon xsampai lagi kat rumah…
saya juz klik button trime je mse haritu kat web jpa?
macam mne ye??
[Reply]
beliamuda Reply:
July 4th, 2010 at 11:33 PM
@zeti mahaya, sepatutnya ada hitam putih. Saya sarankan ada hubungi pihak JPA dengan segera untuk kepastian.
[Reply]