Nota Malam: (Bab 1) Bukan Kisah Seram GengBlogger

Salam sejahtera buat semua.

rumah berhantu

[Lagu tema: -]

Malam ini masih sunyi. Macam biasa. Aku duduk keseorangan di ruang tamu rumah. Lampu masih terang menyala menerangi segenap ruang yang tercapai dek cahaya. Mata menghadap laptop.

Rasa seram? Aku fikir dah lama ianya hilang daripada dalam diri aku. Mungkin sebab dah pernah kena “tegur” dulu kot? Aku tak mahu fikir sangat. Jangan buat aku terfikir balik hal itu.

Bunyi kipas berputar lebih kuat. Lagi bising. Menjadi melodi yang mengisi alunan muzik malam yang sunyi. Sayup-sayup je la kedengaran meningkah bunyi motor kipas bergeser.

Aku bukan tak mahu pasang lagu dalam laptop ni, tapi nanti kacau orang rumah nak tidur pulak. Orang rumah tu bukan siapa-siapa pun. Mama dan Abah. Adik beradik aku. Nak tambah orang rumah, kena tunggu sampai masanya dulu. Siapa dia? Aku tidak tahu dan kau jangan menyibuk.

Malam ni aku rasa sedikit lapang. Meluangkan masa makan malam bersama keluarga di luar rumah menghidupkan suasana ceria. Semuanya tersenyum. Aku suka. Siapa tak suka tengok orang tersenyum kan? Jangan senyum macam orang gila sudahlah.

Sebut pasal bunyi, sekarang dah jadi kontra. Sunyi itu temannya malam. Tapi sejak manusia berevolusi menjadi makhluk nokturnal, malam yang sunyi sudah jadi bising yang bingit. Ada kontra di situ. Tapi pro-nya pun ada juga.

Aku dah mula cakap berbelit. Jangan fikir banyak. Baca dulu. Perjalanan masih jauh. Nota Malam baru di Bab 1. Ini satu naki taraf daripada versi diari yang hapus langsung dalam tragedi berdarah yang lalu. Oh, aku masih berduka. T_T

beliamuda: [1] Ini tulisan semasa dalam mood cuti midsem tempoh hari. [2] Rabu, Khamis dan Jumaat hadir dengan tiga test.

Comments

11 responses to “Nota Malam: (Bab 1) Bukan Kisah Seram GengBlogger”

  1. hazwan Avatar

    W,T,F???
    .-= hazwan´s last blog ..Haihhh =-.

  2. MM Avatar

    menakutkan…huhu…

  3. kuyam Avatar

    fuyoh nifi..mcm best ni.cepat la smbung
    .-= kuyam´s last blog ..saya sudah berpisah hati dengan facebook~ =-.

    1. beliamuda Avatar

      @kuyam, tulis ikut bab dan mood je ni.

  4. Yana Avatar

    W,T,F..
    wednesday, thursday, friday..test..
    hehe~
    gud luck..ma’attaufiq wannajah..

    sedia menanti sambungan seterusnya.. 🙂

  5. Pisyek Avatar

    oh, seramnye… seramnye~

    hahaha.. 😛
    .-= Pisyek´s last blog ..Buat duit online cara Raja Kamil =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Pisyek, siot tul la ko ni… 😛

      1. Pisyek Avatar

        @beliamuda, gmbr da seram tp lg seram kalo ade background music… haha… 😛
        .-= Pisyek´s last blog ..BackTrack 4 untuk hacker sejati =-.

  6. Jazmi Avatar

    Ni dalam proses nak asah bakat tulis cerpen/novel la ni???

    Bleh tanding dgn karya Aku Sudah Bertunang tu??? hehe~

    😛
    .-= Jazmi´s last blog ..30 Pelajar Terbaik SPM 2009 Terima Biasiswa Nasional =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Jazmi, hehe. takde la. ni salah satu cara nak meluahkan hal personal secara tak lansung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge