Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010

Salam sejahtera buat semua.

Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) adalah program biasiswa yang diberikan kepada pelajar cemerlang untuk meneruskan pengajian bagi ijazah di universiti luar negara.

Kelayakan bagi permohonan biasiswa JPA PILN ialah:

  • Terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM 2009 yang mendapat keputusan cemerlang.
  • Berumur dibawah 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) semasa 31 Disember 2009.
  • Lulus semasa proses temuduga.
  • Permohonan yang berjaya diwajibkan untuk mengikuti kursus persediaan yang akan diuruskan oleh pihak JPA kelak.

Kriteria pemilihan yang melayakkan lepasan SPM 2009 bagi program biasiswa JPA PILN 2010 ialah:

  • Prestasi akademik yang cemerlang.
  • Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
  • Prestasi semasa proses temuduga.
  • Latar belakang keluarga.

Untuk maklumat lanjut, pertanyaan berkenaan program biasiswa JPA PILN 2010 boleh diajukan di laman www.jpa.gov.my atau denga menghubungi (03) 8885-3412 mulai 10 Mac atau dengan datang sendiri ke kaunter bahagian pembangunan manusia di lobi, Blok C1, Putrajaya dari 8 pagi hingga 4 petang.

Iklan mengenai tawaran biasiswa ini akan disiarkan dalam surat khabar utama. Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) mulai daripada hari pengumuman rasmi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009.

Comments

79 responses to “Biasiswa JPA Bagi Program Ijazah Luar Negara 2010”

  1. zaf Avatar
    zaf

    Salam adakah tarikh keputusan PIDN n PILN diumumkan pada masa yg sama?

    1. beliamuda Avatar

      @zaf, PIDN tak dibuka sepenuhnya lagi.

  2. amni Avatar
    amni

    Salam sejahtera

    cmne nk apply utk bljr di australia?

    adkh jpa akn bg biasiswa kpd unvrsiti swasta?

    1. beliamuda Avatar

      @amni, kalau nak apply oversea, direct je ke uni tu. boleh mohon prospectus mereka untuk tahu macam mana caranya.

  3. James Avatar
    James

    how to check my result?

    1. beliamuda Avatar

      @James, what result? PILN result?

      1. James Avatar
        James

        @beliamuda,yes…about the PILN result…

        1. beliamuda Avatar

          @James, can check at esila JPA.

  4. […] biasiswa bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2010 dibuka kepada pelajar-pelajar lepasan SPM 2009. Program penajaan ini bertujuan untuk menyediakan […]

  5. Najib Nabil Avatar
    Najib Nabil

    Saya nak tanya biasiswa lepasan Diploma tak ada ke?

    1. beliamuda Avatar

      @Najib Nabil, ada.

  6. atyrah Avatar
    atyrah

    permohonan untuk lepasan diploma bagi program ijazah luar negara tak ada ke??

  7. qiqy Avatar
    qiqy

    beliamuda..

    nk tny,ad tak tajaan mane2 pihak untuk pelajar lepasan diploma untk smbg degree di luar negara?

    1. beliamuda Avatar

      @qiqy, kurang pasti la. mungkin ada.

  8. syahirah Avatar

    salam..
    saya lepasan diploma politeknik yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.Buat pengetahuan pointer cgpa saya 3.93.jadi saya ingin tahu adakah saya layak memohon untuk biasiswa jpa dan borg apa yang perlu saya isi?

    1. beliamuda Avatar

      @syahirah, saya tak pasti adakah wujud tawaran biasiswa melanjutkan pengajian ke luar negara bagi lepasan poli. Kalau takde, anda boleh memohon bantuan pinjaman pengajian luar negara (tapi hanya boleh apabila anda dah lanjutkan pengajian ke luar negara)

  9. juwaeriyah binti agung biyadi Avatar

    salam,sekarang bertarikh 17 julai 2010..saya tidak mendapat sebarang tawaran ke mana pusat pengajian tinggi walaupun mendapat keputusan cemerlang.sekiranya saya nak mohon biasiswa jpa sekarang boleh atau tidak

    1. beliamuda Avatar

      @juwaeriyah binti agung biyadi, tak boleh sebab permohonan hanya untuk yang telah mendapat tawaran ke IPT dan yang telah berada di IPT.

  10. zul Avatar
    zul

    saya sudah smbung belajar di Al Azhar dlm bidang pergigian dan sy dlm thn 1…adakah ada biasiswa yg boleh saya pohon?

    1. beliamuda Avatar

      @zul, boleh membuat pinjaman JPA untuk luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge