Bayi Dibakar Dalam Tong Sampah, Manusia Hilang Akal?

Salam sejahtera buat semua.

bayi dibakar dalam tong sampahTong sampah kawasan bayi yang dibakar itu dibuang. [Utusan Malaysia]

Saya pasti semua terkejut mendengar berita kejadian bayi ditemui dalam tong sampah yang mati dibakar. Terkejut dan pasti ramai akan menyumpah seranah tindakan tidak berkeperimanusian ini. Hilang akalkah manusia begini?

Malam ini merupakan satu lagi titik pemula kepada kes-kes sembilan bulan akan datang. Pasti semua mengerti kenapa saya berkata demikian? Malam ini merupakan malam yang akan diraikan sebagai malam kasih sayang. Malam pasangan tidak halal mengadu berahi.

Kempen tidak berseluar dalam yang disebarkan kepada remaja perempuan sempena tanda kasih sayang kepada pasangan kekasih masing-masing adalah sampah semata-mata. Kasih sayang apakah itu?

Ramai pasangan berkahwin secara halal yang tidak mendapat anak, sanggup mencuba apa sahaja cara untuk mendapat cahaya mata pertama. Tetapi ada manusia persis binatang di luar sana yang senang sekali membuang kurniaan dan amanah Tuhan kepada dirinya. Bodohkah kamu?

Kalau sembilan bulan akan datang timbul mendadak kes-kes sebegini, janganlah hairan, kerana malam ini menjadi titik benih-benih mani lelaki jatuh ke dalam rahim wanita yang tidak halal.

beliamuda: Tergamakkah kalian untuk membakar darah daging yang sendiri?

31 thoughts on “Bayi Dibakar Dalam Tong Sampah, Manusia Hilang Akal?

  1. insaflah wahai manusia….kalau nak buat maksiat pon, aku xkisah…. tapi bertanggungjawab lah….jangan juz ikut nafsu k… pikir panjang b4 buat dosa…

  2. salam..lama tak view blog nih…
    kejam tol..bakar?????
    takde akal kot?
    sesungguhnya..yang miliki hak membakar makhluk hanyalah Allah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge