Kejadian Gerhana Matahari Cincin Pada 15 Januari

Salam sejahtera buat semua.

gerhana matahari cincin

Pada malam sambutan tahun baru tempoh hari, kita telah diberi peluang untuk menyaksikan kejadian gerhana bulan separa. Kini, pada 15 Januari 2010, kita akan berpeluang untuk menyaksikan kejadian Gerhana Matahari Cincin,

Gerhana Matahari Cincin ini akan dapat disaksikan disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.

Selepas itu ia akan meneruskan laluannya ke India, Bangladesh, Burma dan berakhir di China.Namun bagi rakyat Malaysia, kita hanya dapat melihat Gerhana Matahari Separa sahaja pada waktu tersebut.

Kiraan waktu gerhana boleh dirujuk di Falak Online. Bagi kawasan saya, gerhana akan bermula seawal jam 3.03 petang, fasa maksimum pada 4:31 petang dan berakhir pada 5:45 petang.

Pada waktu kejadian gerhana tersebut, kita mungkin tidak dapat mengesan perubahan yang ketara. Paling tidak pun kita akan nampak sedikit perbezaan cahaya di suasana sekeliling matahari sahaja.

beliamuda: Rujukan untuk melakukan solat sunat gerhana.

Comments

14 responses to “Kejadian Gerhana Matahari Cincin Pada 15 Januari”

  1. z|lh@n Avatar

    terima kasih kerana pointkan n3 ni ke blog sy..

    1. beliamuda Avatar

      @z|lh@n, sama-sama. kebtulan saya terjumpa saudara dah buat entri yang saya nak cari tu, saya pointkan terus.

  2. wawaa.shah Avatar

    xsabar nk tgk!!

  3. Mohaimin Avatar

    Wah siang
    Biasenye pagi2.
    harap kali ni dpt tgk

  4. ikin Avatar

    hmm..harap dapat tengok esok. =)

  5. Motivasi Kerja Avatar

    Sekarang fenomena gerhana semakin kerap berlaku. Tanda-tanda bahawa sistem orbit dah makin tua, dunia pun makin tua. Dah lama tak tunaikan solat kushuf.

  6. umar Avatar

    thanks for the link atas tu
    sesungguhnya kejadian gerhana ni ada sesuatu untuk kita fikirkan dari situ.

  7. denaihati Avatar

    Mari kita sama-sama menghayati kebesaran Allah yang sesekali sahaja berlaku dan mungkin kita tak akan jumpa lagi selepas ni.
    .-= denaihati´s last blog ..Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf =-.

  8. eyriqazz Avatar

    Sungguh hebat ciptaan Tuhan…thanks for sharing it..
    .-= eyriqazz´s last blog ..Ada Apa Dengan Hanis Zalikha =-.

    1. beliamuda Avatar

      @eyriqazz, sama-sama. sekadar melakukan apa yang terdaya.. 🙂

  9. AIN Avatar
    AIN

    ASAL SAYA X DAPAT MASUK SBP???PADAHAL SAY DA BUAT KEAJAIBAN.BAYANGKAN,SAYA X DAPAT A LANGSUNG MASE PERCUBAAN.ALEH2 JE DAPAT 7 A MAS PMR.AJAIB KAN???TAK NAK UCAP TAHNIAH???X PELAH.SAYA BKAN KENAL AWAK SUME.SEDIH NIE…HUHU!!!

  10. AIN Avatar
    AIN

    JAP!!!YANG TADI KOMEN SAYA UNTK SBP.X DA KENA MENGENA LNGSUG NGAN GERHANA MTAHARI YG BAKAL BERLAKU PTANG NANTI.WELL,JGAN LUPE UNTK SEMBAHYANG SUNAT.DAPAT PAHALA BANYAK SESANGAT.INGAT!!!DUNIA MAKIN KIAMAT.PAHALA BUAT BANYAK2.DOSA 2 KALO BLEY,KURANGKAN…ADA FAHAM???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge