Gambar Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010

Salam sejahtera buat semua.

Gerhana Matahari CincinGambar yang diambil daripada laman Ustream (live streaming) di India

Sementara penduduk di negara kita hanya mampu menyaksikan peristiwa Gerhana Matahari Separa (partial solar eclipse), sebahagian penduduk di Afrika Tengah, Maldives, India, Sri Lanka, Burma dan China berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin (annular solar eclipse) – mengikut turutan kawasan.

Gambar di atas diambil daripada rakaman video secara langsung yang direkodkan di India semasa fasa ring of fire. Untuk simulasi gerhana matahari yang berlaku hari ini, sila lihat gambar di entri Kejadian Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010.

Gerhana Matahari Cincin yang terjadi pada hari ini adalah yang terpanjang untuk millennium kali ini sebelum peristiwa gerhana yang seterusnya pada 23 Disember 3043.

Solar Eclipse January 15Gambar Gerhana Matahari Cincin yang dirakam di Maldives [amdcreation Flickr]

Solar eclipse transitionSiri gambar gerhana matahari di Chennai, India [Surajram Kumaravel Flickr]


Annular Solar Eclipse

Gambar Gerhana Matahari Cincin di yang dirakamkan di bandar Selatan India [Reuters]

Annular Solar Eclipse

Gambar gerhana yang dirakam di China

beliamuda: Entri seterusnya untuk gambar gerhana matahari separa di Malaysia (malam nanti). Lagi gambar berkaitan akan dikemaskini kemudian.

Comments

19 responses to “Gambar Gerhana Matahari Cincin 15 Januari 2010”

  1. aizuddin Avatar

    kat bilik ak ni x nmpk pun..
    kene gune teropng kot..haha
    .-= aizuddin´s last blog ..Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 24 =-.

  2. HOT ZOOM Avatar

    keajaiban yang di tunjukkan oleh Allah s.w.t
    .-= HOT ZOOM´s last blog ..DOWNLOAD PERCUMA DAN JADI AGEN AFFILIATE: 20 pelan perniagaan yang terbukti telah berjaya =-.

  3. Motivasi Kerja Avatar

    Subhanallah. Memang menakjubkan. Sewaktu saya di Tingkatan 2 pernah berlaku sekali gerhana matahari di mana pada masa tu Malaysia pun dapat lihat dengan jelas. Bentuk cincin memang cantik dan masa tu kawasan jadi gelap seketika.

  4. Mr. Cuz Avatar

    mmg cantik la bro gambar gerhana tu..kalau aku nak beli cincin gerhana matahari ko agak ada tak jual kat kedai??wakakaa
    .-= Mr. Cuz´s last blog ..Financial Management For Student =-.

    1. beliamuda Avatar

      @Mr. Cuz, ada gambar je la kot.. haha~

  5. ikin Avatar

    subhanallah..:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge