Salam sejahtera buat semua.
Entri ini adalah hasil tulisan penulis jemputan iaitu Penaberkala. Hasil tulisan asal beliau boleh dirujuk di entri yang bertajuk ABC. Entri ini telah disunting semula.
Pernahkah anda makan ABC? ABC bukanlah huruf biasa. ABC ni sejenis makanan dan lebih tepat lagi sebagai pencuci mulut. AIR BATU CAMPUR atau dikenali jugak sebagai AIS KEPAL di sesetengah lokasi. Namanya tidak penting, namun yang penting ia sedap dimakan.
Di sini, aku bukan nak kupas pasal topik ABC. Bukan juga nak ajar cara-cara membuatnya kerana aku sendiri pun tidak tahu. Apatah lagi nak ajar cara-cara nak makan kerana pasti semuanya sudah tahu.
Di sini apa yang aku cuba nak sampaikan adalah satu bentuk analogi untuk keadaan semasa dari perspektif berbeza.
Sebut sahaja ABC, pasti semua sudah tahu bukan. ABC adalah AIR BATU CAMPUR, ini bermakna untuk menghasilkan ABC ia memerlukan pelbagai bahan yang perlu dibuat kombinasi/dicampur bersama.
Selain warna yang menarik, kepelbagaian rasa juga menarik minat penggemarnya. Bayangkan kalau salah satu bahan kurang untuk membuat ABC, sudah tentu rasanya kurang sedap. Begitu juga kalau sirap dan susu tidak dibubuh bersama, sudah tentu tidak dapat menghasilkan kombinasi warna yang menarik. Di sini, apa yang penting adalah kombinasi bahan dan warna untuk menghasilkan ABC.
Ini bermakna, setiap komponen yang wujud dalam ABC adalah penting untuk menghasilkan ABC yang sedap dimakan dan menyelerakan bila dipandang. Setiap bahan/komponen saling melengkapi antara satu sama lain untuk manghasilkan ABC yang sempurna!

Cuba bayangkan ABC sebagai negara kita MALAYSIA. Bahan-bahan/komponen di dalamnya mewakili pelbagai bangsa, agama dan etnik. Mahukah kita makan ABC yang tidak sedap? Bayangkan kalau susu dan buah kabung tak ada, mana kelebihan pada ABC di pandangan pemakannya?
Maka, tepuklah dada, tanya minda dan galilah dengan akal! Buatlah tafsiran dengan bijak walaupun analogi ini bukanlah analogi yang hebat untuk dibuat perbandingan. Apa yang penting, semoga analogi ini mudah difaham dan dapat dicerna oleh minda dengan mudah.
Selanjutnya, jika kita masukkan racun/bahan-bahan pewarna yang berlebihan, sudah tentu ABC yang dimakan akan mendatangkan komplikasi kepada sesiapa saja yang memakannya. Jika racun, mungkin boleh membawa maut. Jika pewarna berlebihan, mungkin membawa penyakit. Jika berlebihan susu, mungkin mendatangkan diabetis. Jika bahan yang digunakan dalam kondisi tidak elok/ tamat tempoh, sudah tentu akan membuat kita cirit-birit.
Mahukah kita makan ABC yang beracun/berbahaya?

Sekali lagi, fikirlah sebelum bertindak untuk mengubah komposisi asal ABC. Maka di sini, apa yang hendak disampaikan adalah setiap apa jua tindakan yang kita buat dalam proses pembikinan/pembuatan ABC, akan mendatangkan 1001 kesan dan akibat.
Cuba kita kaitkan apa yang berlaku di negara kita saban hari. Semoga, setiap daripada kita sedar apa yang berlaku dan memikirkan inisiatif/solusi kepada permasalahan yang berlaku. Langkah bijak adalah bukan provokasi, bukan jua demonstrasi, tetapi langkah sebenarnya adalah toleransi dan demokrasi.
Hakikatnya, ia begitu sukar. Apa yang difikir tidak selari dengan tindakan yang diambil. Apa yang dirancang tidak selari dengan perlaksanaan.
Justeru, apa yang telah berlaku jangan kita keruhkan keadaan. Semoga pendekatan yang terbaik dilakukan. Isu kaum/agama bukan satu gurauan kerana ia bakal mencetuskan seribu satu permasalahan. Jangan anggap ia satu permainan. Kelak kita semua kerugian!
Kadang-kadang apa yang berlaku membuat kita berfikir sejenak! Sila baca isu ini: dua kepala babi ditemui dalam kawasan masjid. Ini bukan isu ABC lagi, ini isu yang lagi sensasi!
Kredit gambar kepada pemilik asal.
mula2 baca entry ni,air liur dah meleleh dah nak makan ABC..tapoi sampai tang bawah tu,baru faham,nak cakap pasal isu sekarang ni rupanya..benda tu memang tak boleh ambek remeh je..
.-= sendra´s last blog ..apakah lelaki dengan kotex? =-.
*******************************************
****************EMERGENCY******************
*******************************************
aku syak ada mamat indon menghina umat
Malaysia,sbb die ckp:-
1.umat islam malaysia ada kemajuan
potong kepala babi.
2.salam dari indonesia.
tak percaya baca entry “INSIDEN 2 KEPALA BABI”
pastu korang cari komen dari @umar hadad citerep
*****sorry sendra i tak cakap pasal u,ok.*******
@sendra, ABC tu mmg sedap gayanya. tambah2 dengan cuaca panas terik. aduh, terliur.
wahh..kreatif!
dan isi tersiratnya juga penuh bermesejkan kesepaduan dalam masyarakat! bravo, encik penaberkala! :p
@ikin, bravo untuk beliau. 😀
ada mesej disebalik entry ni..hoho
Sedapnya tengok ABC tu =)
Salam, erm…kemajmukan masyarakat kita sekarang lebih kurang macam ABC yang kita makan kat Batu Feringgi bulan lepas kot. Sebabnya kombinasi yang sangat2 tidak baik dan tak cantik. Tak ada yang menyelerakan. The most saddest thing is Kacang Merah nya betul2 hanya sebiji. Hahaha.
.-= Miss D´s last blog ..Ludah Jilat Balik!! =-.
@Miss D, LOL. apa maknanya kacang merah tu ya..
@beliamuda, hahaha…terpulanglah pada kita untuk membayangkan kacang merah sebagai apa tapi apa yang boleh disimpulkan, apabila kemajmukan itu tiada dan tidak stabil, maka rasanya sangat2lah tidak sedap…huhuhuhuhu…
semoga negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa, amin,
salamm,
.-= tB´s last blog ..ipod touch =-.
@tB, amin~
ABC memang best…sedarkah kita brapa ramai kawan yg kita ada selain dari bangsa kita bila ditolak rakan sepejabat?Umm..ble kira dengan jari rasanya…
Kita hanya akan menyesal apabila kita sudah hilang segalanya…
.-= denaihati´s last blog ..5 hari di Cambodia yang menyentuh hati =-.
alaa ABC ni kalau takde bende2 WAJIB tu,bukan ABC namanya…mungkin ADIK BERAK CAIR…hahaha…
sori2…
tetiba kuar isu neara pulak…ishh2 malasnyer nak komen…seolah2 benda ni dirancang…
Selingan:komen2…jalan2…kenal2…boleh kan???
.-= Fathi Yaqin´s last blog ..Keluar kau Glazer dari Old Trafford!!!!!!!!!!! =-.
@Fathi Yaqin, boleh aja.
aku sdih tgk rakyat malaysia skarang.. terutama bila dah berkaitan ngn pergaduhan agama nih.. aku baru jer baca pasal kes kepala babi kat masjid tue.. aku sedih sgt2..
.-= qismina´s last blog ..beraktiviti sampai berpeluh-peluh.. =-.